Thursday, 10 August 2017

D Aura Cafe | Konsep Mewah Harga Murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay semua... Apa lagi kalau aktiviti hujung minggu LeYa dan Otomen ni jika tidak keluar mencari lokasi baharu jalan-jalan cari makan. Nak dikatanya duit banyak tu takdelah jugak kan. Tapi alhamdulillah, syukur, cukup lah perbelanjaan kami untuk makan dan minum bersama.

So, bila dah keluar tu kadang-kadang bukan sahaja terus ke restoran, ada juga lah LeYa akan mengajak Otomen jalan-jalan cuci mata ke Shopping Mall atau menikmati pemandangan indah di tasik atau taman berdekatan. Bila perut dah lapar baru lah cuba nak mencari kedai makan. 

Tapi?? Bila tiba waktu makan, agaknya mana korang akan pergi ye?

MEMPERKENALKAN

D AURA CAFE | KAFE BERKONSEP MEWAH & ROMANTIK TETAPI HARGA BERBALOI-BALOI


Pada 05 Ogos 2017 yang lalu, LeYa diberi kesempatan untuk menikmati hidangan makanan di salah sebuah kafe yang berdekatan dengan tempat tinggal LeYa bersempena Hari Pelancaran D Aura Cafe. Sampai sahaja LeYa ke situ, LeYa sangatlah seronok dan mendamaikan apabila menjamu mata dengan dekorasi dan susun atur kafe yang cukup mempesonakan. 

D Aura Cafe merupakan Muslim Kafe yang baru sahaja beroperasi pada 01 Ogos dan telah memberikan satu persepsi baharu buat para peminat hidangan berkonsepkan romantik untuk terus singgah serta menikmati makanan di situ. Selain itu, siapa sangka kafe cantik yang berkonsepkan romantik ini mempunyai menu masakan Melayu yang menjanjikan rasa yang enak tatkala anda menikmatinya.



Latar Belakang D Aura Cafe


D Aura Cafe dimiliki sepenuhnya oleh pasangan suami isteri, En. Salihin Jaffar dan Pn. Dina Abu Bakar. D Aura Cafe ini ditubuhkan dari kesinambungan D Aura Spa milik Pn. Dina yang sudah pun beroperasi lebih kurang 10 tahun. 

Menurut Pn. Dina lagi, D Aura Spa telah beroperasi di empat buah cawangan yang terletak di Seri Kembangan, Putrajaya, KLIA dan juga Johor Bahru. Dari situ, suaminya, En Salihin mendapat satu idea untuk membuka sebuah kafe pertama di antara organisasi yang mereka telah wujudkan itu. 

D Aura Cafe sangat menitikberatkan soal kualiti dan kebersihan. Dari pengamatan LeYa, kafe yang bertaraf lima bintang ini sangat berbaloi kerana pemilik tidak meletakkan harga yang mahal. Dengan harga yang murah dan berbaloi, kafe ini menjadi unik dan patut di singgah oleh semua orang. 

Cuba anda bayangkan hari ini, dengan hanya harga dalam lingkungan RM10, anda sudah pun dapat menikmati hidangan sarapan pagi, tengah hari dan minum petang? WoW!!! Betul ker? Ya! LeYa pun tidak percaya pada mulanya. Namun, setelah menikmati makanan di situ dan melihat harganya di menu, memang benar ia diletakkan harga dalam lingkungan RM10 sahaja. 


Bagi menyempurnakan lagi Majlis Pelancaran, tidak lengkap kiranya kita sebagai umat Islam tidak membuat sedikit doa selamat sebagai tanda kesyukuran terhadap Ilahi di atas kejayaan dan kebahagiaan yang telah dikecapi. 

  
 
 

Menu masakan Melayu yang telah dihidangkan pada hari itu sungguh menyelerakan LeYa. Untuk pengetahuan anda, menu masakan Melayu ini dihasilkan dek kerana rakyat Melaysia walau macam mana moden sekali pun tetap akan mencari hidangan Melayu ini. Selain daripada itu, anda juga boleh membuat pilihan makana ala Barat yang memang menjadi menu utama di situ. Antara menu special yang menjadi popular ialah Lamb Shank yang berharga RM38.


   

Perut sudah terisi dengan Main-Course yang ada, jangan lupa untuk turut merasai aneka kuih-muih yang warna warni ini. 









Di kesempatan itu juga pemilik telah menjamu dua buah kek kepada tetamu yang hadir kerana bulan Ogos ini merupakan Hari ulang-tahun perkahwinan mereka dan juga Hari Kelahiran En. Salihin yang jatuh pada 01 Ogos. Sempena sambutan tersebut, sebenarnya D Aura Cafe juga ada menyediakan acara-acara menarik seperti Sambutan Hari Ulang-Tahun Perkahwinan, Candle Light Dinner, Sambutan Hari Lahir dan banyak lagi. 

Antara pakej menarik yang disediakan di sambutan hari lahir adalah pakej yang akan dikenakan ialah RM25 untuk 30pax minimum. Selain itu, terdapat 10 pilihan menu hidangan yang boleh didapati dalam aktiviti yang dijalankan. Juga disediakan Live Band / Busking Band yang bernilai serendah RM500+. D Aura Cafe juga sangat sesuai untuk dilaksanakan majlis reunion kerana keluasannya boleh memuatkan sehingga 40 - 50 orang.


Lebih menarik lagi, selesai sahaja anda menikmati hidangan makanan yang enak di D Aura Cafe, anda akan dihadiahi goodies bag makanan ringan untuk dibawa pulang. Wah!!! Seronok kan! Bukan senang nak makan di sesebuah kafe, kemudian terima cenderahati sebagai tanda kenangan. Yang bestnya lagi, goodies ini diimport khas dari syarikat Omelle Goodies di Johor Bahru. Memang berbaloi sangat lah LeYa katakan jika anda berpeluang dan nikmati makanan di kafe ini.


Maklumat lanjut berkenaan D Aura Cafe:-

Alamat |
D Aura Cafe (002676480-H)
C-6-G, Putra Walk, Jln PP25,
Taman Pinggiran Putra Sek2,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Waktu Operasi | 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)



Telefon |
En Salihin Jaffar >> 012-6421095
Pn. Dina Abu Bakar >> 019-2700210

Wednesday, 9 August 2017

Adakah Anda Benar-Benar Berani Untuk Tonton Filem Seram Terkini "Amityville: The Awakening"?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Setelah hampir 4 tahun kelewatan untuk tontonan hebat ini, akhirnya 'Amityville: The Awakening' akan berada di pawagam pada 17 Ogos 2017 ini.

Ini merupakan filem keenam bergenre SERAM yang akan ditayangkan di setiap pawagam di seluruh dunia. Turut membintangi filem ialah Bella Thorne, Cameron Monaghan dan Jennifer Jason Leigh.

Bila bercakap tentang filem seram, 'Amityville: The Awakening' telah mengalami satu ketakutan dan kengerian dan menyebabkan penangguhan tarikh pelepasannya sejak 2015. Ia dijangka ditayangkan pada Januari 2015. Namun, ia telah ditolak sebanyak empat kali selama dua tahun. Dan akhirnya, ia akan mula ditayangkan pada Ogos ini.


Untuk sesuatu yang menakutkan, lihat treler penuh Di Sini.

Saturday, 5 August 2017

Tempat Makan Menarik Melaka: Hadramawt Palace Bukit Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hi guys!! Okay, malam ni LeYa nak bawak korang ke satu tempat makan istimewa di Melaka. So... dekat sini siapa suka makan Nasi Arab? LeYa sangatlah suka makan nasi arab especially En Suami a.k.a. Otomen Taro ni. Memang bertambah-tambah kalau dia makan. Hehehe... Yang seronoknya makan nasi arab ni boleh kongsi dua orang untuk set yang small tu. Memang jimat dan berbaloi! 

Okay lah... Jom LeYa bawak korang nikmati makan di Restoran Hadramawt Palace yang terletak di Bukit Baru, Melaka. Lokasinya memang sangat mudah untuk dicari. Betul-betul berada di lampu isyarat Bukit Baru dan restorannya berada di hujung sekali. 

Restoran Hadramawt Palace ni sememangnya terkenal dengan hidangan tradisional dari Yemen dan Lubnan. Dan, tukang masaknya sendiri pun berasal dari sana. Lagi syok Master Chef dia pun berasal dari Mesir. So... memang tak hairan lah kan kenapa makanan yang dihidangkan mereka asli dari sana dan sangat sedap.



Let's get to see the menu! WoW!!! Memang tak tahu dah nak pilih yang mana. Tapi LeYa selalu kalau makan nasi arab memang suka Nasi Mandy. Entah kenapa dah tersuka tanpa sengaja dengan Nasi Mandy dari yang lain-lain. 

But, memandangkan masakan arab di sini sangatlah sedap dan tak terkata, LeYa dapat juga merasa Nasi Mandy Kambing. WoW!!! Sekali lagi LeYa cakap memang sangat sedap weyyyy! Rugi sesangat lah kalau korang semua tak cuba. Lebih-lebih lagi penggemar kambing tegar macam LeYa. En Suami yang dahulu tak makan kambing pun sekarang dah gila order kambing. Hahaha... Perrggghhhh.... terliur pulak tatkala menulis entry ni... 

Pilihan menu di sini pun juga banyak. Korang boleh pilih je mana yang selera dengan tekak korang hari tu. Ni antara yang best seller makanan yang ada di sana:-


  • Chicken Mandy
  • Lamb Mandy
  • Chicken Kebab
  • Fahsa
  • Falafel

***************************************
Chicken Mandy // Size M RM25
***************************************
Menu hidangan yang LeYa order malam tu. Keenakan ayamnya yang sangat lembut, dah terasa seperti makan ayam kukus dan ayam bakar. Nasi pula menepati citarasa LeYa yang gemarkan nasi lembut dan tidak berderai. Walaupun nasi arab di sini nampak kering, tetapi korang pasti tak rasa tercekik pun. Memang berbaloi sangat makan di sini. Oh Ye! Jangan lupa juga nikmati hidangan Nasi Chicken Mandy ni dengan sos tambahannya yang sangat special.


***************************************
Mango with Milk RM8
***************************************
Sluuurrrpppp.... Sedapnya la weyyyy dapat hirup kepekatan dan kelazatan minuman Jus Mangga bersama susu ni. Peminat Mango Lassi macam LeYa ni memang sangat puas hati bila mencuba minum minuman di sini. Kesegaran buah mangganya itu membuatkan LeYa tak cukup dengan satu gelas. Hehehe...


Bagi yang berminat untuk mencuba Nasi Arab di Restoran Hadramawt Palace ni, boleh singgah ke lokasi di bawah ni:-

Lokasi 

Hadramawt Palace Restaurant
No.15, Jalan PN BB2, 
Pusat Niaga Bukit Baru,
Mukim Bukit Baru , Seksyen IV
75150 Melaka

Waktu Operasi
11.00 pagi -11.00 malam
( Tutup : Hari Raya Puasa / Hari Raya Haji sahaja /
Hari pertama puasa )

Tel No
 06-2866662
011-40444144 ( Reserve Line)
016-642 6776 ( En Hisham-Manager)

Friday, 4 August 2017

Kisah Percutian Ke Dreamworld Playland, IOI City Mall, Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Akhirnya, barulah LeYa diberi kesempatan untuk kongsikan pengalaman LeYa dan saudara-mara LeYa pergi berjalan ke Dreamworld Playland, IOI City Mall, Putrajaya. Fuhhh... hampir 2 bulan jugak kami menunggu untuk ke sini. Almaklumlah sebelum ni puasa dan raya. Terpaksa postpone hingga ke penghujung bulan Julai lalu.

Pengalaman Bermain Di Dreamworld Playland, IOI City Mall, Putrajaya

LeYa dan keluarga telah berpeluang untuk pergi ke Dreamworld Playland, IOI City Mall, Putrajaya setelah lebih kurang dua bulan ia dibuka secara rasmi kepad umum. LeYa dapat tiket masuk ni dari penglibatan LeYa sendiri dalam dunia blogging. Alhamdulillah, rezeki nak bawak keluarga pergi bercuti. Dimaklumkan sebelum ini, ramai juga pengunjung berpusu-pusu ke Dreamworld Playland ketika hari pembukaan tempoh hari di Dreamworld Playland, Starling Mall. Memang LeYa dah jangkakan yang akan ramai pengunjung membawa anak-anak untuk bermain riang ria di sini.


Sebaik sahaja urusan pembelian tiket selesai, kami diberi sticker gelang dan dipakai di pergelangan tangan sebelum masuk ke Playland. Kemudian, semua di antara kami dikehendaki menanggalkan kasut serta memakai stokin ketika berada di Playland

Oh Ya! Sticker Gelang anda boleh digunakan untuk seharian. Jadi, tiada masalah jika anda ingin keluar seketika untuk makan, minum dan ke tandas. Nanti, staff mereka akan scan semula untuk keluar masuk anda dari Playland ini.


Anda juga adalah dilarang sama sekali membawa makanan dan minuman dari luar ke dalam Playland ini. Bahan-bahan atau barangan yang dianggap merbahaya kepada keselamatan Dreamworld Playland dan pengunjung lain juga adalah dilarang.

Selesai sahaja melalui kawasan kaunter masuk, anda dan anak-anak pun bebas menikmati segala permainan yang ada di situ. Fuhhh.... boleh tahan penat juga melalui satu permainan ke permainan yang lain. Bagi yang sakit lutut, memang agak sukar jugalah nak membongkok, merangkak dan berkejaran dengan kanak-kanak yang sedang ligat bermain ni. Tapi difahamkan ada servis tempat duduk dan rehat untuk ibu bapa yang menemani atau membawa anak-anak. 

Tingginya Papan Gelongsor...


Wah!!! Tengok betapa tingginya papan gelongsor yang dimain anak buah LeYa ni. Huhuhu.... Nak ambil gambar pun sukar sebab laju je dia turun ke bawah. Nasib baiklah ada camera DSLR. Bolehlah guna kepantasan Shutter Speed untuk merakam detik kenangan mereka bermain di sini.

Anda mahupun anak-anak anda  pasti seronok merentasi setiap halangan permainan yang ada di sini. 






Okay, ruangan untuk anak-anak bermain Magic Sand dan berehat di meja dan kerusi turut disediakan. Kalau anda nak merehatkan diri, apatah lagi kalau ada bayi kecil, elok juga berehat seketika di ruang ini. Ia juga sebenarnya adalah tempat makan makanan ringan dan santai serta tempat kanak-kanak bermain Magic Sand di ruang yang disediakan bersebelahannya.



Bagi kaum ibu yang nak shopping barangan dapur dan pakaian, memang lah mudah kan. Dah nama pun Dreamworld Playland ni berada di Shopping Mall. Jadinya, seronoklah bagi kaum ibu yang kaki shopping ni. Tetapi harus diingat! Gembirakanlah hati si kecil anda dulu ye.. Hehehe...


Fuuhhhh... Rasanya cukup lah ini sahaja yang LeYa dapat coretkan untuk cerita kali ini. Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi atau layari laman web di bawah:

AlamatIcescape, Ice Skating Rink, IOI City Mall, IoI Resort, 62502 Putrajaya, Selangor
Telefon03-5022 2208
Laman Web: Dreamworld Playland

Thursday, 3 August 2017

Hotel Menarik Di Melaka - Garden City Service Apartment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melaka memang terdapat banyak lokasi menarik yang hendak dituju. Ini tempat yang biasa orang kunjungi seperti A-Famosa, Stadhuys, Jonker Walk, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium Samudera, Muzium Maritim dan Mini Malaysia dan banyak lagi. Dan, hotel-hotel yang sering menjadi tumpuan ialah Ramada Hotel, Novotel, The Straits Hotel, Bayou Lagoon Park, Swiss Garden Hotel dan bermacam lagi.

Jadi, di sebalik tempat-tempat terkenal dan hotel yang sering dikunjungi itu, ada kalanya tempat ini biasa kita lalu tetapi tidak pernah singgah. 

Jika anda mahu berehat seketika di hujung minggu dan memandangkan cuti sekolah yang bakal tiba, apa kata anda lapangkan dada dan merancang untuk bermalam di Apartment ini.Cuma 150KM sahaja dari Kuala Lumpur. 


Sebelum ini sudah acap kali LeYa ke Melaka, tetapi tidak pernah untuk terpandangkan Aparment ini. Apartment yang disenaraikan ini terdiri dari hotel bertaraf 4 bintang dan mempunyai review pelanggan yang positif. 

LeYa faham mungkin ada di kalangan kita mempunyai bajet yang berbeza, tetapi jangan risau kerana apartment yang LeYa inap ini tidaklah terlalu mahal berbanding hotel-hotel terkenal lain.



Garden City Service Apartment ini terletak di Jalan Merdeka berdekatan dengan pusat Bandar Melaka. Biliknya yang bersih dan luas serta layanan mesra membuatkan apartment ini popular bagi mereka yang mencari hotel bajet di Melaka. 


Apartment 4 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin serta ruang makan dan rehat yang juga selesa dan dilengkapi tempat menggosok baju, mesin basuh dan peralatan dapur. Ruang balkoni menghadap laut Selat Melaka atau kolam renang menambahkan lagi pemandangan yang indah ketika menginap di situ.


Sangat sesuai untuk reunion dan gathering dengan kawan-kawan lama dan juga keluarga. Kalau ingin makan malam, restoran makanan laut yang terkenal ada di Medan Ikan Bakar Muara Sunga Duyung, yang hanya terletak 3-4 minit dari sini.




Asyik kerja, kerja dan kerja sahaja. Kerja banyak mana pun pasti tidak pernah habis. Jadi, apa kata sesekali luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan untuk bermalam di sini. Bangun pagi, di kelilingi pemandangan laut yang terbentang luas, mandi-manda di kolam renang, menjalankan aktiviti santai bersama keluarga dan mencari tempat makan yang sedap di sini.

 


Jika ada anak kecil yang bosan dan tidak tahu nak buat apa, biarkan sahaja mereka berendam di kolam renang. Taman permainan pun disediakan juga sangat luas. Biarkan sahaja anak berlari-lari tanpa risau. Bagi peluang mereka merasai zaman kita dulu-dulu!


Tidak cukup di situ sahaja! Anda boleh meluangkan pula dengan melaksanakan aktiviti malam seperti BBQ dan makan-makan santai di tepian kolam sambil berbual mesra dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Dan, anak-anak yang ingin mandi-manda di kolam renang itu juga pasti seronok pabila dapat sertai sehingga jam 10.00 malam. 



Dari luar, apartment ini nampak biasa-biasa sahaja. Tidak ada pun dekorasi gah , tetapi sekali dah bermalam di sini, pasti puas hati!

Yang paling istimewa di sini adalah lokasinya strategik berdekatan dengan Bandar Melaka dan tidak memerlukan masa yang lama untuk ke tempat menarik di bandar.

Maklumat lanjut:

Garden City Melaka Service Apartment
Suite 1, Penthouse
Bangunan Draland,No.9, Jalan Merdeka,75000 Melaka,Malaysia.
F: 606-2848 550

Untuk tempahan & pertanyaan:
T: 606-2836 576/7
Website
GPS Koordinat: N02.18575 E102.26333