Wednesday, 11 March 2009

Install ScribusNG 1.3.5 dalam Intrepid Ibex

ScribusNG ialah versi scribus yang sedang dalam pembangunan dan belum mencapai versi stabilnya lagi. Namun saya tidak sabar-sabar mencuba versi kerana ia memperkenalkan banyak ciri dan fungsi baru dan lebih menarik kerana versi 1.3.5 svn ini menggunakan antaramuka Qt4 dalam KDE4.

Memasang ke dalam Ubuntu Inrepid Ibex:

1.Masukkan repo berikut;

deb http://debian.scribus.net/debian/ intrepid main non-freedeb http://debian.tagancha.org/debian/ intrepid main non-free

2.Update metadata APT.

3.Install package yang beridentiti : scribus-ng

Rujuk : http://www.scribus.net/?q=debian

Namun harus diingat, fail scribus yang dihasilkan menggunakan versi yang baru TIDAK dapat dibuka menggunakan scribus versi lama. Sebaliknya, fail yang dihasilkan oleh versi lama dapat dibuka oleh scribus versi baru tanpa masalah. Fakta ini perlu diketahui terutamanya kepada mereka-mereka yang bakal terlibat dengan kerja-kerja penghasilan emaj. ADIOS.
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: