Followers

Wednesday, 13 May 2009

Adakalanya sepi lebih indah


Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti akan kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkah sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?

Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu, sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.

Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih dari tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu, jua aku tak mungkin dapat melupakanmu.

Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, maka adalah lebih baik melangkah pergi.

Adakalanya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.

Katakan "Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang kudapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku."

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah. Lihat bolak-baliknya orang yang tak sudi...

Pemuda: Berapa jauhkah biri-biri ini berjalan setiap hari?
Pakcik: Yang mana, putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Kalau yang putih lebih kurang enam km setiap hari.
Pemuda: Yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Berapa banyak rumput biri-biri ini makan setiap hari?
Pakcik: Yang mana, putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.

Pakcik: Yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda: Dan yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik: Yang mana, putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda: Dan yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama.

Pemuda: Kenapa pakcik bezakan biri-biri yang putih dengan yang hitam, padahal jawapannya sama saja.
Pakcik: Mestilah, sebab biri-biri yang putih tu pakcik yang punya.
Pemuda: Oooo gitu ke, habis yang hitam tu siapa punya?
Pakcik: Yang hitam pun sama.

Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hak kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.
Reaksi kOrang:

1 beri komen di sini:

adol said...

aku setuju dengan post nie, tapi aku pelik baca dialog tu... huhuhu