Selasa, 19 Mei 2009

Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia

Salam sumer....

Aku telah diberi ilham untuk tulis satu entri tentang Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia yang berlangsung pada Hari Ahad yang lepas iaitu bersamaan 17 May 2009..

Bersama meraikan sumbangan Internet yang telah merubah corak hidup kita dengan menghubungkan Malaysia kepada dunia dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.

Internet telah merubah cara kita berkomunikasi, belajar dan hidup dengan membuka minda kita kepada dunia tanpa sempadan. Kini, kita berupaya menerokai dunia tanpa meninggalkan rumah, belajar tanpa membuka buku dan berkomunikasi tanpa perlu bersemuka.

Sungguhpun begitu, kita masih perlu berwaspada terhadap bahaya yang terselindung di sebalik Internet. Sebagai ibu bapa dan penjaga, adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan anak-anak boleh mencapai Internet dan menggunakan segala maklumatnya dengan selamat tanpa menjadi mangsa ancaman di ruang siber.

Bahaya dan ancaman:
1) Pembuli Siber
2) Pornografi
3) Keganasan
4) Kebencian dan Prejudis perkauman
5) Ketagihan permainan dalam talian
6) Penipuan dalam talian

Cara mudah untuk melindungi keselamatan kanak-kanak:
1) Ketahui tabiat dalam talian anak anda - laman web yg mereka lawati, aktiviti mereka di internet, dengan siapa mereka berinteraksi dan siapa rakan-rakan mereka di Internet.
2) prihatin dengan sebarang perubahan mendadak anak-anak - kelakuan, ketrampilan, tabiat mereka atau semakin berahsia.
3) Wujudkan persefahaman dgn anak2 agar mereka tidak takut utk berbincang sebarang masalah dgn anda. Wujudkan perhubungan komunikasi yg terbuka.
4) Nasihatkan anak2 supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi di Internet.
5) Luangkan masa anda melayari sendiri Internet.
6) letakkan komputer di tempat yg tebuka dan mudah bagi anda memantau aktiviti Intenet mereka.
7) Pantau masa yang diluangkan oleh anak anda melayari Internet.
8) Pasangkan perisian penapis Internet pada komputer anda.

Hasil kerjasama dari Akhbar Harian Metro hari Ahad...

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com