Monday, 25 May 2009

Warkah Buat Sahabat

Puas aku fikir entri ape yg aku nak tulis hari ni. Bila otak aku mula memikirkannya...

Dan.... aku pun diberi satu idea utk menulis entri tentang kehidupan seorang sahabat.
aKu pergi ke arah rak buku aku dan mencari koleksi sajak yg pernah kubuat sewaktu ketika dulu. Aku membuka lembaran demi lembaran. Mata ku terhenti pada tajuk "Warkah Buat Sahabat".

Aku berfikir sejenak. "Ermm...sesuai ke sajak yg ni..."

Lantas, tanganku mula menari2 di atas keyboard kecil menaip setiap rangkap sajak dgn teliti.

Mata menatap buku dan laptop berselang-seli, ingatan mengingati setiap patah perkataan ayat, tangan pula laju menjalankan kerjanya. Ya! Hampir keseluruhannya sedang menjalankan tugas masing2.

Dan kini...selesai sudah sebuah sajak yang kucoret di sebalik blog aku ini.

Sahabat
Sesungguhnya aku tidak berkata-kata,
Tetapi tidak semestinya aku diam segala.

Aku hanya temanmu,
ada kalanya jadi tidak menentu
Namun aku adalah aku
Sahabatmu yang tidak punya apa-apa
kehebatan dan kekuasaan.

Sahabat,
Sekiranya aku terjatuh, sambutlah aku,
Sekiranya aku tersesat, jadilah jurumudiku,
Sekiranya aku terlanjur, maafkan sajalah aku.

Memang adat manusia
alpa untuk berterima kasih
dan alpa untuk mengenang jasa.
Namun sahabatku,
Janjimu tetap janjiku,
Nasihatmu akan ku dengari,
Dan akan ku simpan disanubariku.

Usah risau, usah gundah
Akan kita teruskan
Persahabatan ini
Hingga ke akhir hayat.
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: