Monday, 22 June 2009

Jangan...


Jangan!


Jangan!!


Jangan!!!


Jangan!!! Jangan!!! Jangan!!!


Ape yg aku Jangan!!! dari tadi? hehehe...

Jangan kau benci pada diri aKu ini....

Jangan kau sisihkan diri aKu...

Jangan kau menghina aKu kerana permasalahan lalu...

Jangan kau berlaku curang di belakangku...

Jangan lahhh...aKu nGah tulis entry blog nih...

Hahahaha.... nTah pape la entry mrepek aKu hari ni... xterfikir pun nak tulis..main belasah jer..

Friday, 19 June 2009

TIGA KISAH DALAM SATU MASA

18 June 2009 - Pagi semalam, ketika aku sedang sibuk mengemas rumah, hatiku tercuit untuk ke arah almari kayu antik di sudut menghala ke bilikku. Aku menarik laci almari yang paling atas. Dan, mataku terpaku pada sebuah album kenangan di mana di dalamnya terselit gambar2 semasa ayah & ibu menunaikan haji. Aku menyelak lembaran demi lembaran dan mataku terhenti di satu gambar.. Gambar ayahku bersama rakannya. Dan beberapa saat kemudian, telefon ibu berbunyi. Pemanggilnya adalah ayah dan memberitahu kisah yang terjadi. Mendengarkan sahaja dari mulut ibu itu, aku hampir tidak percaya yang rakan ayah ku itu telah kembali ke rahmatullah. Baru sebentar aku melihat gambar beliau. Dan kini, beliau telah tiada lagi. Innalillah dan al-fatihah buat beliau. Semoga rohnya dicucuri di kalangan para salihin serta ditempatkan bersama para syuhada.

*******************************
Kemudian, satu lagi kejutan yang telah berlaku dalam kehidupanku hari ini. Namun, kali ini bukanlah satu kisah sedih. Pulang saja ibu dari rumah arwahyarham, ibu memanggilku dan menghulurkan surat tawaran temuduga dari SPA. Aku terkejut seketika. Tidak disangka masih ada peluang lagi untukku setelah temuduga yang pertama aku gagal mendapatkannya. Aku mencarik tepi helaian surat perlahan2 dan membukanya. Alangkah terkejutnya aku jawatan yang aku dapat kali ini adalah sangat bersesuaian dengan tahap pendidikanku. Padahal sebelum ini, aku hanya dapat jawatan yang biasa sahaja. Tapi aku tak menolaknya malah aku turut pergi menjalani sesi temuduga tersebut. Nasib tak menyebelahi aku. Aku gagal dalam jawatan itu.

Namun, takdir penentu segalanya. Berkat kesungguhan dan ketabahan aku dalam meniti kehidupan yang penuh pancaroba ini, aku dapat apa yang kuhajati selama ini. Tapi bukanlah bermakna untuk kusenanginya kerna ia hanyalah satu permulaan. Itu baru diterima untuk di temuduga. Belum lagi tahu jawatan itu milik aku atau tidak. Aku hanya berserah pada Ilahi agar penantian aku selama ini berakhir. Biarlah kali ini aku memperoleh kejayaan dan menggembirakan ibu dan ayah aku yang telah banyak berkorban selama ini. Jasa mereka tidak terbalas olehku.

*******************************
Kisah ketiga yang terjadi dalam hidupku semalam adalah 'saat rindu di hati menanti, dikau muncul kembali'. Mungkin aku tidak ingin memperkatannya di sini. Aku hanya bersyukur pada Ilahi. Aku pohon seribu kemaafan andai kalian semua terguris dengan kisah ketiga ini. Bukan niat untuk mengguris hati, namun ianya sukar untuk ditafsirkan di halaman blog ini.
Tiga kisah dalam satu masa yang berlaku dalam kehidupanku semalam. Berita sedih dan gembira bercampur baur bersilih ganti. Mungkin sukar menerima berita sedih itu tapi tidak sukar mana pun jika kita masih tabah meneruskan kehidupan harian kita. Kegembiraan yg terkandung dlm kisah dua dan tiga itu telah menutup original sedihku yg sebenar.
Sekian sahaja catatan harian yang kutulis ini. Pohon maaf jika ada kesilapan ejaan dan terguris perasaan.

Wednesday, 17 June 2009

FRIENDSHIP

Yuuhuu... I wanna to write an poem.. Its all about Friendship. I like to write poem when I had feels bored or sad. Erm...lets join our poem this below.

FRIENDSHIP

It's really strange you know,
How at first a friendship can grow,
Certain words, certain gestures,
Which you behold,
May mean so much and yet be so hollow,
Friendships that is appreciated,
And most of all are reciprocated,
Can be so wonderful.
But at times thing can go wrong,
That's when true friends come along,
Friendships has feelings and exudes,
Love and understanding,
Its sacrifices are never-ending,
It warms the heart and comfort the soul,
From just a sparkle, its light will glow!

Tuesday, 16 June 2009

Lawak Bahasa


Mula memikirkan entri yg ingin ditulis. Masih tidak tahu nak tulis ape.. tengah pikir2 tuh gi la jln2 kat website cerita2 lawak.. biLe bace ade la jugak yg tergelak..hahaha... Dlm pada itu la, otak aku mula ligat memikirkan untuk post entry tentang salah satu lawak tersebut. Aku teliti lawak mane yg best..huhu..(ntah la..aku tak tau sebenarnyer..)

Aku pun amik je la yg mane aku suke. And then aku letak kan la dlm page aku nih... Aku tak rase r yg nih best..Tapi ntah kenapa aKu boleh amik lawak yg nih... Aku layan jer... Janji aKu rase best r kot...huhu...


No hard feeling lets have fun..

Never translate IT terms to the Malay Language

English for math and science. Because globally people use the language as information and/or technology language at this moment. How dangerous it is if we were to use these words in Bahasa, especially in schools. See example below:

hardware = barangkeras
software = baranglembut
joystick = batang gembira
plug and play = cucuk dan main
port = lubang
server = pelayan
client = pelanggan

Try to translate this:

ENGLISH:
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

BAHASA:
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Now You Know.... How terrible is it!!!!!

Mesti korang dah abis bace lawak yang aKu post kan tu.... Erm...ape yg aku nak ckp nih.. Aku nak promote la web blog kawan aku yg bAru direkanya... Kalau korang nak tgk web tersebut ngan lebih lanjut gi ke page nih ek: http://www.nokotta.net/

To nokotta @ bOy:
"aKu dah promote kan web blog ko ni...kalu dah ramai member ti jgn r sombong + bongkak ngan aKu plak..hahaha...huhuhu...main2 jer r..xder mknenyer sumer tuh.."

Monday, 15 June 2009

Cuti-cuti Malaysia

Dah lame aKu tak post entry kan...huhu..


Nak tau nape??


Pada 04 June yg lalu, (huhu...mcm karangan plak) aKu gi Terengganu....Cause cOusin aKu kawen.. Tapi mcm biase r dAh smpai tmpat orAng..hoLiDaY la sKaLi...Jln2 cAri PasaL..hehe...



nie kaT PaSaR PaYang...sHoPpinG abes beb...huhu..

Erm....gmbar aKu tak banyak sgt amik...jlan2 jer...TaPi duLu2 dah sLalu la pegi... aKu pun xder camera time tuh..ntah aKu main sNap jer gmbar dAri fOn aku nih...huhu..

Pas tuh, sminggu lpas tu..biLe aKu dAh baLik smuLe ke Port Dickson...14 June (bersamaan haRi Ahad) nyer plak wat kat kampung aKu....

Yg best nyer haRi jUmaat aKu gi Dataran Pahlawan jap...aBang aKu fOn yg die bru beLi de problem...aKu pun cuci mata laa...tgk fOn murah2 cause fOn aKu dAh rOsak...kalu de duit lebih aKu igt nak beli...taPi lum kesampaian laa...haha...

Sabtu, aKu ngan famiLy beLah ibu check-in kAt Kemunting Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka... Tujuannyer doRang sume nAk join kenduRi kawen kat kamPung aKu tu ler... Tapi dAh ramai2 nih...(lebih kurang 5/6 kete...) rase mcm ngah hOliday skaLi lagi plak... best sgtttt...

Itu jer la kisah aKu dAlam cuti2 kaLi ni..huhu...tak gi mane pun.... cuti2 malaysia jer... Terengganu & Melaka....tuh pun bukannyer jln2 sgt pun... huahua

Wednesday, 3 June 2009

Wonderful!!!

Hahahaha...menakjubkan.. memang terpegun melihatnyer.. Wonderful!!

Ape yg aKu gelak kan tuh?

Ape yg menarik?

Nak tahu ker?

Tadi maSe aKu oPen bLog cOusin aKu, aKu tertaRik ngan saTu entry yg die pOstKan. Dlm entry tuh die suh tgk pd link ni..

http://svt.se/hogafflahage/hogafflaHage_site/Kor/hestekor.html

Pas tuh klik pada setiap kuda tersebut. Dan kOrang lihat sendri ape yg akan kelihatan. Kalau nak tau buka r site nih sendri.. Tak gempaq r kalau aku bagi tau kan..huhu..

Pasti seRonok biLa tgk kuda2 tuh nanti..

Tuesday, 2 June 2009

Sebuah Janji


Ya Allah
Menjelanglah siang
Beredarlah malam

Diufuk ini
Aku hanya menghampar tangis
Pada sendu yang tak terubat
Mengharap janji dari-Mu
Keampunan dari-Mu


Sampai bila
Mahu aku menanti
Saat pertemuan
Yang menyiksa hatiku
Aku tidak seperti Rabiatul Adawiyah
Pantaskah aku menjadi sepertinya
Menolak cinta kerana sebuah CINTA

Harapan yang kupintal
Bilakah kan bertaut pada pertemuan
Sebuah kasih yang kuharap
Bilakah kan tertunai


Janji itu kunantikan
Saat jasad bercerai nyawa
Tapi pastikah aku dapat bertemu
Sesuatu yang aku rindu
Maafkanku jika luahan ini hanya di bibir
Tapi aku harap ianya kan lahir
Menyemai rasa kasih
Menyemarak jua rasa rindu
Untuk bertemu-Mu
Wahai Rabbul Jalil…