Rabu, 24 Ogos 2011

Kami Blogger Prihatin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Terbaca entry di blog Ben Ashaari dan terdetik juga hati saya untuk membuat satu entri mengenai kisah yang terjadi di Somalia.. 

Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu tentang berita yang dipaparkan ini.. Jadi, saya cuba sedaya upaya untuk membuat semua para blogger membaca kisah tragedi ini agar diberi bantuan yang selayaknya.

Untuk ketahui cerita selanjutnya, hanya klik di header blog BenAshaari..

Santai Bersama BEN ASHAARI






Sama-samalah kita membantu rakyat Somalia agar mereka juga mengecapi kehidupan yang sempurna...

Sabtu, 20 Ogos 2011

Penantianku kini terjawab...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini. Kali ini LeYa ingin berkongsi cerita dengan anda tentang kehidupan LeYa yang semakin hari semakin dilanda pelbagai rintangan untuk menjadi insan berguna.. 

Sementara menunggu keputusan penempatan Latihan Industri, LeYa telah bekerja sementara di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur sebagai Assistant Programmer selama lebih kurang dua bulan. Banyak pengalaman yang LeYa pelajari dari staf2 di syarikat tersebut. Sungguh seronok sekali bila bersama dengan mereka. Kesemua ilmu yang ada tidak kedekut untuk dikongsi bersama. LeYa begitu teruja menimba ilmu dari mereka semua. 

Akhirnya, LeYa mendapat tawaran menjalani Latihan Industri di Petronas, Menara KLCC. LeYa begitu tekejut dan tidak sangka akan memperolehinya. LeYa bersyukur dengan kehadrat Ilahi dengan limpahan kurniaNya. Sebelum mempersiapkan diri sebagai Pelatih, LeYa masih lagi bekerja di syarikat lama itu sehingga awal bulan September. Masa yang diperuntukkan selama dua bulan tidak disia-siakan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya LeYa dapat gaji dan paling penting memperolehi ilmu yang mungkin sukar diperolehi dari mana-mana insan lain. 

Menunggu detik-detik untuk keluar dari syarikat tersebut, LeYa pantas menyiapkan segala tugasan yang diberi. Hati juga turut sayu memandang wajah satu persatu yang banyak membantu LeYa dalam kesulitan. Namun, apa kan daya. LeYa memikirkan masa depan yang lebih cerah bersama syarikat Petronas itu. LeYa ingin melaksanakan secara bersungguh-sungguh pabila diterima bekerja kelak. Sementara itu, LeYa sentiasa akan simpan memori suka duka bersama syarikat yang LeYa singgah selama dua bulan ini. Jasa kalian amat berharga buat diri LeYa.

Dalam pada itu, umat Islam sudah pun menunaikan Rukun Islam ketiga iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan. Sudah 20hari berlalu. Kini, mereka sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tiba. Pusat-pusat membeli belah sibuk merancang strategi memikat hati para pelanggannya untuk membeli kelengkapan Aidilfitri seperti pakaian, kuih raya dan sebagainya. Kesibukan dan keriuhan di kompleks membeli belah tidak terucap oleh kata-kata. LeYa juga turut serta singgah di Kompleks One Utama tempoh hari. Hanya mencuci mata sambil membuat survey harga.. Hehehe...