Tuesday, 10 April 2012

7 Petala Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 09 April 2012 bersamaan dengan semalam, LeYa telah menonton movie yang bertajuk "7 PETALA CINTA". Kisah yang penuh dengan penginsafan dan menyayat hati ini telah membuka minda LeYa untuk menjadi lebih baik di sisi Islam.

Kadang kala kita alpa dengan percintaan yang kita alami.

Kisah ini mengenai cinta sesama manusia, cinta di antara seorang lelaki dan perempuan, cinta di antara seorang Islam dan agamanya, cinta di antara seorang ayah dan anaknya, cinta di antara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan menemui sinar baru apabila bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim. Di sana, Attar telah mempelajari ilmu Islam dan kebenarannya. Dalam diam, Attar menyimpan perasaan terhadap SAIDATUL NAFISA. Namun, dia redha apabila Saidatul Nafisa adalah tunangan kepada HAMKA yang sedang menuntut di Mesir. Kejadian yang menimpa Hamka sewaktu ingin pulang ke tanah air telah merubah segalanya. Saidatul Nafisa membuka lembaran baru dan belajar menerima Attar. HILMA, sahabat Saidatul Nafisa menyimpan perasaan terhadap Attar, namun disembunyikan perasaan itu demi menjaga hati sahabatnya. Apakah kesudahan kisah ini? Siapakah yang berjaya memiliki Saidatul Nafisa? Apakah yang terjadi pada Hamka? Ikuti kisah selanjutnya dengan menonton  7 PETALA CINTA.

Untuk itu, LeYa hanya mampu sertakan Di Sebalik Tabir kisah  7 PETALA CINTA.



Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: