Isnin, 28 Mei 2012

Episod 4: Jalan-Jalan Bersama

Telefon bimbitku berbunyi tatkala aku sedang berjalan menuju ke keretaku untuk pulang ke rumah setelah habis kelas petang itu. Kulihat nombor telefon Mr. F yang tertera.

"Assalamualaikum," ucapku.
"Waalaikumussalam. Awak dah habis kelas ke?"
"Dah awak. Kenapa, awak?"
"Saya ade kat bawah rumah awak ni. Nak ajak awak keluar makan. Boleh ke?"
"Okey. Nanti saya datang. Saya kat kampus lagi ni."
"Baiklah sayang."
Gulp...Tersedak aku mendengar perkataan sayang itu. Setelah berbicara seketika dengan Mr. F, aku mematikan talian. Kupandu keretaku ke arah lebuh raya supaya lebih cepat sampai ke rumah. 

Waktu begini sememangnya kereta agak banyak. Sementelah tadi aku keluar dari kelas agak lewat kerana ada sedikit perbincangan bersama kumpulan aku. 

Sampai sahaja aku di tempat parkir kereta, aku sudah terlihat akan si dia yang sedang menunggu aku. Hatiku bahagia ketika melihat kesanggupannya menunggu aku walaupun agak lama. Aku memanggilnya dan dia datang hampir ke arah aku. Kami segera keluar bersama menaiki kereta mencari tempat makan yang sesuai. 

Kami tiba di sebuah restoran yang sangat menarik sekali. Suasananya yang nyaman membuatkan ku berselera untuk makan. Apatah lagi waktu itu memang perut terasa lapar. Kami memesan makanan yang kami ingin makan. Sementara menunggu makanan sampai, kami berbual-bual mengenai kehidupan masing-masing untuk betul-betul lebih mengenali.

Makanan tiba di hadapan kami. Kami makan dengan penuh selera. Usai makan, aku memerhatikan jam di pergelangan tangan. Hari hampir senja. Aku berfikir tidak sempat untuk pulang solat maghrib di rumah. JAdi aku mengajak Mr. F untuk bersolat di masjid yang berdekatan. Lagipun, kalau aku balik ke rumah, di mana pula Mr. F hendak menunaikann kewajipannya. hehehe... 

Selesai semuanya. Kami pusing-pusing Bandaraya Melaka pada waktu malam itu. Tidak ada yang menarik perhatian kami kerana ketika itu bukan cuti hujung minggu dan banyak kedai yang tutup lebih awal. Aku memutuskan kata untuk pulang ke rumah malam itu awal kerana badan terasa letih. Sementelah dia juga letih disebabkan baru pulang dari tempat kerja sama seperti aku yang baru pulang dari tempat belajar. Mr. F pun memandu kereta pulang ke rumahku. 

>> Bersambung...

Related Posts:

  • Episod 7: Pinangan Dia Untuk Aku Hampir tiga tahun hubungan aku dan dia. Terasa pantas masa berlalu. Baru semalam aku berkenalan dengan dia. Hari ini, 15 November 2012 bersamaan Hari Lahirnya yang ke-26 tahun juga merupakan hari bersejarah buat aku. Kenapa … Read More
  • Episod 9: Kerja OH Kerja Lebih kurang dalam tempoh setahun juga, sudah acap kali aku mencari kerja. Gawat tak gawat, tapi kata hatinya lebih penting. LeYa tidak takut. Kerja tak kerja, hidup ini memang sentiasa ada risiko. Makan tak makan, pandai-pa… Read More
  • Episod 6: Jauh Perjalanan Luas Pandangan Hai semua... Lama sudah LeYa tidak menghabiskan "Kisah Kita" ini. Hari ini, LeYa diberi kesempatan dan ilham untuk menulis episod seterusnya. Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis yang baik. Ia memerlukan idea-idea berna… Read More
  • Episod 8: Manisnya Cinta           Aku mencoret sebaris ayat di atas kertas kosong di hadapanku. Sambil termenung menongkat dagu, aku ulang menyebutnya berkali-kali di dalam hati. Cuba mentafsir, mencari makna daripada sebar… Read More
  • Episod 10: Destinasi Cintaku Perhubungan mereka berjalan seperti sedia kala. Setiap hari, Zol akan buat panggilan. Setiap selang dua minggu atau tiga minggu, mereka berjumpa walaupun hanya sebentar. Menonton wayang dan menyanyi karaoke sudah menjadi lum… Read More

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com