Rabu, 13 Jun 2012

Episod 5: Kehidupan Aku dan Dia

Hingga hari ini aku bahagia bersama dia. Dia sering mengisi kekosongan jiwa ini tatkala hati diruntun pilu. Dia banyak menghiburkan hati yang sedang berduka lara. Entah kenapa sejak akhir ini aku sering sukar melupakannya. Dia banyak membantu ku dalam apa sahaja yang diperlukan. Aku jadi serba salah bila setiap kali ada sahaja yang ingin dibantunya. Bukan aku tak suka. Tapi dia membantu dengan penuh tekun dan ikhlas. Aku terharu saat itu. Dia seorang lelaki yang baik, penyayang dan bertanggungjawab. Dia juga begitu romantis dan suka berlawak. Ya! ada sahaja telatahnya yang akan dilakukan demi menghiburkan hatiku ini. Aku memang seronok bila bersama dengannya. 

Hari demi hari, bulan demi bulan, aku dan dia sudah menjangkau usia satu tahun berkenalan. Terasa begitu pantas sahaja masa berlalu. Terasa bagai baru sahaja kenal dengan si dia semalam. Dan, kini hubungan kami sudah 1 tahun. Selama 1 tahun ini pelbagai ragam kami tunjukkan. 

Hari itu, dia telah membawaku berjumpa dengan keluarganya sebagai mengenal diri dan keluarganya lebih dekat lagi. Terharu hatiku. Aku tahu dia betul-betul ikhlas ingin menambat hatiku. Aku turuti sahaja permintaannya. Namun, dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa gemuruhnya hati ku untuk bertemu dengan keluarganya. Bermacam-macam persoalan bermain dimindaku. Terimakah mereka terhadapku sebagaimana penerimaan anaknya pada diri yang serba kekurangan ini? Bagaimana perasaan aku bila aku tidak disukai keluarganya nanti? Bagaimana keadaan keluarganya? Bengis kah?? Marah kah??? Suka kah?? Duppp...daappp...duuppp...daaaappp.... jantungku dari tadi laju bergetar. Setibanya aku di halaman rumahnya, aku dipelawa masuk. Aku mengekori langkahnya dan bersalam dengan emaknya buat pembuka bicara. Lama aku berbual dengan emaknya. Emaknya suka berbual. Jadi, lama kelamaan aku tidak kekok walau baru pertama kali bertemu.

Usai itu, aku dan dia meminta izin untuk pulang. Dia yang menghantar aku pulang. Sebelum itu, kami sempat meronda bandar Melaka untuk mengisi masa lapang kami. Hehehe... Di kala itu, kami terserempak dengan rakan-rakan kami. Dan jadi lamalah kami di situ. Kami berbual lama dan macam2 aktiviti yang dia laksanakan bagi memeriahkan perjumpaan itu. Aku seronok melihat segala telatah dia. 

Hari sudah jauh malam. Dia menghantar aku pulang. Aku harus tidur cepat. Esok kami harus bangun awal kerana sebentar tadi rakan-rakan mengajak kami untuk turut serta ke Air Terjun Gunung Ledang di Sagil. Dan, aku pun tertidurlah dengan diulit mimpi yang indah. 


>> Bersambung... 


Related Posts:

  • Episod 9: Kerja OH Kerja Lebih kurang dalam tempoh setahun juga, sudah acap kali aku mencari kerja. Gawat tak gawat, tapi kata hatinya lebih penting. LeYa tidak takut. Kerja tak kerja, hidup ini memang sentiasa ada risiko. Makan tak makan, pandai-pa… Read More
  • Episod 8: Manisnya Cinta           Aku mencoret sebaris ayat di atas kertas kosong di hadapanku. Sambil termenung menongkat dagu, aku ulang menyebutnya berkali-kali di dalam hati. Cuba mentafsir, mencari makna daripada sebar… Read More
  • My Children's Book, Laman Web Pencinta Buku Dengan Harga Berbaloi-baloi Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Siapa dekat sini suka membaca buku? Atau senang cakap ulat buku lah... Nak tak kalau LeYa bagitahu ada satu tempat yang menjual buku-buku dengan harga sangat berpatutan secara online… Read More
  • Episod 10: Destinasi Cintaku Perhubungan mereka berjalan seperti sedia kala. Setiap hari, Zol akan buat panggilan. Setiap selang dua minggu atau tiga minggu, mereka berjumpa walaupun hanya sebentar. Menonton wayang dan menyanyi karaoke sudah menjadi lum… Read More
  • Episod 7: Pinangan Dia Untuk Aku Hampir tiga tahun hubungan aku dan dia. Terasa pantas masa berlalu. Baru semalam aku berkenalan dengan dia. Hari ini, 15 November 2012 bersamaan Hari Lahirnya yang ke-26 tahun juga merupakan hari bersejarah buat aku. Kenapa … Read More

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com