Friday, 6 July 2012

14 hari lagi...


“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi. Ada di kalangan kita pada bulan Rejab lagi sudah selesai membuat tempahan baju-baju raya untuk menyambut bulan Syawal. Barangkali ada yang perlu meminjam duit, menyimpan duit selama setahun untuk persiapan bulan Syawal. Apakah persiapan kita menjelang Ramadhan pula?
Salah satu sifat orang-orang kaya adalah suka memberi, bersedekah kepada orang lain. Justeru, kita perlu didik sikap suka bersedekah sebagai satu sifat yang sebati dengan diri kita. Apatah lagi setiap tahun ada bulan Ramadhan yang merupakan salah satu peluang yang Allah beri kepada kita semua untuk mendapat pahala dan ganjaran yang berganda-ganda.
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya sedekah yang dikeluarkan pada hari Jumaat mempunyai kelebihan berbanding pada hari-hari lain. Bersedekah pada hari Jumaat nisbah kepada hari-hari lain di dalam seminggu, samalah dengan sedekah yang dikeluarkan di dalam bulan Ramadhan nisbah kepada yang dikeluarkan di dalam bulan-bulan lain di dalam setahun.”
(Zad Al-Ma’ad)
Selain itu, bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah:
  1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
  2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa
  3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
  4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: