Followers

Wednesday, 4 July 2012

Aku dan Fotografi

Aku memang minat fotografi. Aku akan pinjam kamera dari rakan atau saudara-maraku untuk merakam detik-detik kenangan indah bersama keluarga, rakan-rakan serta Mr. F(insan yang disayangi). Rasanya aku mula minat dengan bidang fotografi sejak dari Sem 2 di Perlis semasa aku melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Aku dan 5 orang rakan dalam satu kumpulan ditugaskan untuk menyiapkan satu projek audio dan video. Jadi, kami akan menggunakan video camcoder atau kamera untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dari situ, aku mula mengenal apa itu Fotografi? Sesuatu yang indah apabila aku dapat merakam gambar-gambar kenangan. Namun, pada waktu itu, aku belum tahu sangat segala benda pasal gambar ni. ISO?? Speed Light?? Aperture?? dan banyak lagi... Yang aku tahu angle setiap gambar perlu ade style dan cara kita merakam gambar tersebut. Dan aku ingat lagi aku pernah ambil gambar rakan-rakan sehingga memori penuh. Bila aku dah edit dan print, nak jual pada mereka pun tak balik modal... Huhuhu...


Tamat Dipoma, aku sambung lagi pengajian aku di Melaka dalam bidang Ijazah Sains Komputer (Pembangunan Perisian). Di sini, minat aku lebih mendalam lagi terhadap fotografi. Tapi aku tak mampu nak beli DSLR lagi. Aku hanya mampu melihat ada di antara rakanku yang sudah memilikinya. Ayahku ada membelikan sebuah kamera SLR Vivitar. Aku menggunakannya sepenuh hati dan sangat sayang akannya. Namun, selama satu tahun bersama aku, aku tak tahu macam mana boleh hilang dari aku. Aku sedih sangat. Aku dah tidak mempunyai satu kamera pun lagi.

Kemudian, aku dapat sebuah kamera SLR dari Canon pemberian Mr. F. Walaupun ia bukan DSLR tetapi aku dapat mengabdikan segala gambar kenangan di situ. Aku mula belajar menggunakan ISO yang ada serta aperture yang sedia ada pada kamera itu. Ya! sangat teruja bila sudah mula tahu menggunakannya. Gambar-gambar yang diambil lebih kelihatan cantik dan menarik. Hehe...

Kini, sementara menunggu jawatan kosong kerja, aku membuat serba sedikit perniagaan melalui bidang fotografi ini. Dan bukan fotografi sahaja yang aku tawarkan malah banyak lagi. Boleh melawat di LeYa Production untuk maklumat lebih lanjut. 

Dalam pengambilan gambar, aku lebih suka sesuatu yang candid, maka fotografi urban dan rural, streets, architecture, nature, macro dan photojournalism menjadi pilihan aku. Mungkin juga aku suka potrait. 

Di bawah antara contoh-contoh gambar yang aku ambil. Aku tidaklah pandai sangat pun:





























Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: