Ahad, 22 Julai 2012

Kelebihan Surah al-Waqi'ah

Surah al-Waqi'ah ialah surah yang ke-56 dalam al-Quran, terletak pada juzuk ke-27 dan terdiri daripada 96 ayat. Surah yang diturunkan selepas surah Taha ini dinamakan dengan al-Waqi'ah (Hari Kiamat), diambil daripada perkataan al-Waqi'ah yang terdapat apada ayat pertama. dalam  surah al-Waqi'ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh oramg Mukmin dan orang kafir. diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah al-Waqi'ah ini, dengan amalannya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Surah al-Waqi'ah ialah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu." (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasy al-Khafa').

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran." (Riwayat daripada Ibn Mas'ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

"Ajarkanlah surah al-Waqi'ah kepada isteri-isterimu, kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan." (Hadis riwayat Ibn Ady).

Menurut fatwa sebahagian ulama katanya:

"Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula."

Antara fadilat-fadilat membaca surah al-Waqi'ah ialah:

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan ditimpa kepapaan.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surah al-Waqi'ah ialah surah kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu."

2. Berkata Masruq: "Siapa ingin mengetahui cerita orang terdahulu dan orang terkemudian, serta cerita ahli syurga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surah al-Waqi'ah." (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269).

3. Imam Jaaar R.A. berkata: "Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari keperluan. Maka Allah S.W.T. mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahnya kembali pada orang itu." (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

4. Disebutkan dalam  Khawashul Qur'an sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka ditunaikan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan sesiapa membaca surah al-Waqi'ah sesudah solat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka ditunaikan hajatnya terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan ditunaikan rezeki daripada Allah dengan tidak disangka-sangka datangnya, maka bacalah surah al-Waqi'ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surah al-Waqi'ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Saad al-Mufti mengatakan bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa (membiasakan) membaca surah al-Waqi'ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya."

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com