Wednesday, 17 October 2012

Saya dan kanak-kanak riang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah lama LeYa ingin membuat entry yang ini. Tapi asik tidak berkesempatan sahaja. Dan pada malam ini, LeYa dapat juga siapkannya... Selama 2 bulan LeYa memegang jawatan guru tadika di Tadika Iman CC Port Dickson, banyak pengalaman yang LeYa tempuhi. Pelbagai ragam kanak-kanak di antara umur 4 hingga 6 tahun LeYa harungi... Ada yang nakal, degil, dan macam-macam lagi... Hehehehe... Penat juga melayan kerenah mereka ni... Kadang-kadang balik jer rumah terus tidur tak sedarkan diri... Sebab tu nak online and update blog pun tak sempat... Isk3x... Lama-kelamaan LeYa dah biasa... Dah jadi rutin harian. Dah boleh juga online seperti biasa... Tapi dah tak kerap la macam selalu... Kalau dulu 24jam laptop LeYa sentiasa on. Hanya dengan status idle, kini LeYa mengurangkan masa online lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja... Hahahahha.... jauh sangat kan perbezaan tu... Sebab LeYa dah kerja... Lebih baik LeYa rehatkan badan untuk menjalani keesokan harinya daripada mengadap berjam-jam di hadapan laptop... 

Semestinya LeYa bercerita mengenai kanak-kanak Tadika Iman CC Port Dickson dan bukannya diri LeYa. Jadi, untuk menghiburkan hati para blogger LeYa yang disayangi mari kita lihat telatah pelajar-pelajar ini dengan pelbagai aksi dan gaya mereka yang tersendiri.

Gambar kenangan bersama kanak-kanak Tadika Iman CC, Port Dickson

Menurut arahan cikgu...hehehe...

Bermain bersama cikgu...

Suasana pembelajaran di kelas

Bermain bersama kawan-kawan di luar

Aktiviti memberus gigi untuk menjaga kesihatan diri

Mari Mewarna...Yeahh...

Khusyuk mendengar arahan dari guru mereka




Reaksi kOrang:

1 beri komen di sini:

puteri salju said...

as salam leya, akk nk tnya..pengalama leya kt sn suasana belajar ok tak dan brp yuran kalau tadika dan transit smpi ptg..serta kalau utk ank 2y jugak? tq leya info..