Ahad, 23 Disember 2012

Al-Kisah di Bandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Selama seminggu LeYa berada di negara Indonesia. LeYa bersama keluarga pergi bercuti di Bandung. Seminggu di perantauan mengajar erti kehidupan dalam diri LeYa. Betapa susahnya rakyat di sana mencari sesuap nasi. Terharu melihat keadaan itu dan memilih juga untuk membeli sedikit cenderahati dan kenangan dari mereka. Betapa beruntungnya kita dilahirkan di bumi bertuah iaitu Malaysia. Sesungguhnya Malaysia punya keiistimewaan tersendiri. Walau bagaimanapun, Bandung juga punya keunikannya. 

Setibanya di perkarangan Lapangan Terbang "Bandara Husein Sastranegara Bandung"

Membeli belah di Factory Outlet. 

Bergambar bersuka ria bersama sepupu2 tersayang

Air Sirsak. Hidangan air yang perlu dirasa jika singgah ke sini

Gunung Tangkuban Perahu. Gunung Berapi yang terdapat di sana dan masih aktif lagi.

Kesejukan di puncak gunung

Masih tetap bergambar walaupun cuaca sejuk

Dua kembar yang banyak ragam dan nakal

Menu hidangan masakan Sunda

Hehehe... Orang Minyak Silver..

Trans Studio Bandung sama seperti Time Square di Malaysia

Menu hidangan masakan Padang a.k.a. Minang

Akhirnya, dapat menikmati makanan di pinggiran jalan. Namun, sampai saja di Malaysia, semuanya cirit-birit.. "Pak Supir nya udah bilang namun degil semuanya"

Pisang cheese dan coklat yang sangat enak

Itulah serba sedikit ceritera percutian LeYa pada tahun 2012 ini. Satu percutian yang dirancang hampir setahun akhirnya memberi hasil yang terbaik.... Terbaeeekkkkk dari ladang....