Followers

Wednesday, 30 May 2012

Mencari Kebahagiaan Yang Hakiki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..."

Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?

Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).

Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT

Dipetik dari blogger Faranaqwiah. Artikel ini hanya untuk tatapan para pembaca LeYa's Blog

Monday, 28 May 2012

Episod 4: Jalan-Jalan Bersama

Telefon bimbitku berbunyi tatkala aku sedang berjalan menuju ke keretaku untuk pulang ke rumah setelah habis kelas petang itu. Kulihat nombor telefon Mr. F yang tertera.

"Assalamualaikum," ucapku.
"Waalaikumussalam. Awak dah habis kelas ke?"
"Dah awak. Kenapa, awak?"
"Saya ade kat bawah rumah awak ni. Nak ajak awak keluar makan. Boleh ke?"
"Okey. Nanti saya datang. Saya kat kampus lagi ni."
"Baiklah sayang."
Gulp...Tersedak aku mendengar perkataan sayang itu. Setelah berbicara seketika dengan Mr. F, aku mematikan talian. Kupandu keretaku ke arah lebuh raya supaya lebih cepat sampai ke rumah. 

Waktu begini sememangnya kereta agak banyak. Sementelah tadi aku keluar dari kelas agak lewat kerana ada sedikit perbincangan bersama kumpulan aku. 

Sampai sahaja aku di tempat parkir kereta, aku sudah terlihat akan si dia yang sedang menunggu aku. Hatiku bahagia ketika melihat kesanggupannya menunggu aku walaupun agak lama. Aku memanggilnya dan dia datang hampir ke arah aku. Kami segera keluar bersama menaiki kereta mencari tempat makan yang sesuai. 

Kami tiba di sebuah restoran yang sangat menarik sekali. Suasananya yang nyaman membuatkan ku berselera untuk makan. Apatah lagi waktu itu memang perut terasa lapar. Kami memesan makanan yang kami ingin makan. Sementara menunggu makanan sampai, kami berbual-bual mengenai kehidupan masing-masing untuk betul-betul lebih mengenali.

Makanan tiba di hadapan kami. Kami makan dengan penuh selera. Usai makan, aku memerhatikan jam di pergelangan tangan. Hari hampir senja. Aku berfikir tidak sempat untuk pulang solat maghrib di rumah. JAdi aku mengajak Mr. F untuk bersolat di masjid yang berdekatan. Lagipun, kalau aku balik ke rumah, di mana pula Mr. F hendak menunaikann kewajipannya. hehehe... 

Selesai semuanya. Kami pusing-pusing Bandaraya Melaka pada waktu malam itu. Tidak ada yang menarik perhatian kami kerana ketika itu bukan cuti hujung minggu dan banyak kedai yang tutup lebih awal. Aku memutuskan kata untuk pulang ke rumah malam itu awal kerana badan terasa letih. Sementelah dia juga letih disebabkan baru pulang dari tempat kerja sama seperti aku yang baru pulang dari tempat belajar. Mr. F pun memandu kereta pulang ke rumahku. 

>> Bersambung...

Saturday, 26 May 2012

Episod 3: Kau yang Kusayang

Mr. F tidak dapat menumpukan kerja-kerjanya di pejabatnya. Entah kenapa hatinya tiba-tiba gelisah. Risau tidak tentu hala. Matanya asyik memandang jam yang tergantung di dinding biliknya. Sekali-sekala kedengaran dia mengeluh. Ada di kalangan rakannya perasan akan ketidakselesaan kawannya itu tetapi tidak berani bersuara. 

Telefon bimbitnya berbunyi nyaring mendendangkan lagu menandakan ada panggilan masuk. Dia lantas mencapai telefon tanpa melihat nama panggilan dan menjawab panggilan tersebut. Kedengaran risau di riak wajahnya. 

"Awak... saya accident. Saya dah langgar kereta orang kat tempat ............. Tapi saya ok.. Tak ade cedera pun."
"Awak tunggu situ. Saya datang sekarang. Jangan buat ape2 pun."

Pantas langkah Mr. F keluar dari tempat kerjanya dan menuju ke tempat parkir motornya. Dia menghidupkan enjin motor dan berlalu pergi. 

Sampai di tempat kejadian yang aku nyatakan tadi, matanya meliar mencari kelibat aku namun tidak kelihatan di mana-mana. Sejurus itu, aku terpandang akannya dan berlari anak ke arahnya. Aku mendapatkannya dan membawanya ke tempat kereta ku kemalangan itu. Dia melihat keadaan kereta. Bahagian depan kereta sedikit kemik tetapi kereta yang dilanggar kemik teruk di bahagian belakang. Mungkin kerana kereta itu kecil. Namun, semuanya kelihatan tidak cedera. Alhamdulillah. Sedikit riak wajah tenang terpamer di wajahnya. Dia menyelesaikan persengketaan antara tuan kereta itu. Dan, keretaku dibawanya ke bengkel kereta.

Aku perhatikan Mr. F berbual dengan mekanik bengkel kereta itu. Terpamer wajar muramnya apabila diberitahu kos membaik pulih kereta ku. Dan dia terpaksa mencadangkan untuk membawa pulang ke rumahku memberitahu ibu bapaku. Pada mulanya, memang dia tak nak risaukan kedua ibu bapaku. Namun, atas sebab tidak cukup kewangan dia terpaksa dengan hati yang berat dia memandu kereta menuju ke rumahku yang lebih kurang satu jam lebih. 

Perjalanan kami itu terpaksa menahan panas disebabkan air cond kereta yang rosak kerana kemalangan yang menimpaku itu. Kami meneruskan perjalanan dengan berpeluh-peluh di dalam kereta tersebut. 

Sampai di rumah, aku takut untuk memberi salam dan memberitahu ayah. Dengan langkah longlai, dia memberitahu segalanya apa yang terjadi. Aku hanya menurut. Pada mulanya ayah risau. Kemudian, sedikit wajah tenang aku perhatikan terbit di raut wajah ayah. Seminggu kereta ku tersadai di bengkel kereta. Dan seminggu itu juga aku duduk seharian di rumah tanpa pergi ke mana-mana. Nasib time tuh cuti semester. Jadi, tidak perlu risau untuk ke kuliah dan sebagainya. 

Menjelang dua minggu dan keretaku pun sudah siap. Aku berhasrat untuk bekerja part time di Melaka. Aku merancang bersama seorang rakanku. Dan, kami pun dapat bekerja di sebuah hotel terkemuka di Melaka. Aku pun kembali ke kediaman sewaku dan menjalankan tugas harian sebagai pekerja part time. Kejadian yang menimpa membuatkan aku lebih berhati-hati.


*********************************

Sudah enam bulan aku dan dia menjadi teman. Suatu malam, kami keluar berdua menonton wayang. Cerita aku kurang pasti la kan.. Hehe... Ramai orang ketika itu. Aku tidak kisah. Dia sentiasa ada di sisi menemani ku. 

Usai dari menonton wayang, dia membawaku pusing Bandaraya Melaka dan berehat di hadapan Kompleks Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sambil menikmati juadah Mc Donald. Ketika itu, dia melamar aku agar menjadi pasangan kekasihnya. Selama enam bulan dia menunjukkan prihatinnya terhadap aku, melayan kerenah aku, aku tidak menolak lamaran itu. Aku terima dengan hati terbuka. Aku dah lama menunggu saat itu. dan, akhirnya hari itu pada 09 Februari dia melafazkan jua. Aku tersenyum bahagia. Sebab dia sangat baik hati pada pandangan aku, kawan-kawanku dan keluargaku. Dia seorang bertanggungjawab dan mesra. Malam itu, aku pulang ke rumah dengan hati yang berbunga. Dia pun pulang ke rumahnya dengan perasaan gembira. 

>> Bersambung...

Episod 2: Kau dan Aku


Dua minggu kemudian, aku dikejutkan dengan satu panggilan. Aku capai telefon bimbitku. Aku perhatikan nama yang terpapar di skrin telefon. Aku amati nama tersebut. Aku hampir lupa. Beberapa minit kemudian, baru muncul wajah mamat tuh di ingatanku. Aku hanya tersenyum dan mendiamkan diri sehingga tunggu panggilan seterusnya. Apabila telefonku berbunyi semula, aku pantas mengangkatnya. Aku memberi salam terlebih dahulu. Lebih manis kan...

Dengan keizinan Allah S.W.T., aku diberi kekuatan untuk berbual mesra dengannya. Dia mengajak aku keluar makan tengah hari itu. Aku tidak menolak tawarannya. Lantas, aku melompat turun dari katil ku dan mempersiapkan diri. 

Usai dari itu, aku turun ke bawah dan menuju ke tempat parkir kereta kesayanganku, "White Horse". "White Horse" adalah gelaran untuk kereta kesayanganku, Saga BLM 1.3 Auto dengan warnanya ialah putih. Belum sempat aku memanaskan enjin kereta, mamat tuh atau lebih mesra dengan panggilan Mr. F muncul. Aku menghayunkan tangan yang memegang kunci kereta dan memberikan kepadanya. Dia pada mulanya malu-malu. Ye lah.... seorang perempuan punyai kereta sedangkan dia lelaki tidak ada lagi kereta. Aku tak kisah semua tuh... Nasib seseorang bukannya sama. Aku bersyukur kerana memiliki pasangan ibu bapa yang penyayang, bertanggungjawab dan prihatin. Hasil kejayaan aku di peringkat Diploma, aku diberi hadiah kereta untuk aku melanjutkan pula pelajaran ku di peringkat Ijazah di bumi Melaka. Ya! di sini lah akuberkenalan dengan Mr. F. 

Tanpa membuang masa lagi, kami meneruskan perjalanan mencari kedai makan untuk diisi ke dalam perut yang dah menjerit-jerit minta diisi. Aku malu bila sekali-sekala perutku tetiba berbunyi. Aku menyembunyikan rasa malu ku itu dengan menguatkan volume radio. Hehehe... Aku tahu dia perasan tapi mungkin dia buat tak tahu saja kerana takut aku yang malu nanti. Kami makan di sebuah kedai makan di Bukit Katil. Ku tak ingat nama kedai tuh...Hehe... Sungguh selera sekali aku makan. Al-maklumlah perut dah berkeroncong...

Selesai makan, Mr. F bawa aku jalan-jalan pusing Melaka. Sambil menikmati keindahan Melaka, kami berbual tidak henti. Ternyata dia seorang yang suka buat lawak. Seronok keluar bersamanya. 

Hari sudah beransur petang. Kami meneruskan perjalanan pulang. Dia pun ingin pulang ke rumah awal kerana dia mahu bekerja malam itu. Dan kami pun pulang dengan perasaan yang seronok sekali. Dia melayani kerenah aku yang kadangkala seperti anak-anak. Hehehe... Dia memang baik hati. Dan satu lagi sifat yang dia ada yang menarik minat aku, dia tidak pernah mengambil kesempatan pada diri ku yang mana baru sahaja kenal dah nak mula minta lebih rapat. Dia bukan begitu. Tidak seperti lelaki lain yang pernah aku kenal sebelum ini. Bila sudah mesra, cepat sahaja nak ber'couple' dan lepas tuh lupa diri. Tapi tidak pada Mr. F. Selepas dari keluar bersama itu, kami mulai rapat. Namun, masih sebagai rakan. Mungkin boleh digelar teman karib. Dia selalu datang menghiburkan hati ku tanpa mengira waktu. 


>> Bersambung... 

Episod 1: Salam Perkenalan

Haii semua.... LeYa tetibe diberi ilham untuk menulis serba sedikit tentang novel kisah hidup LeYa. Dan muncul lah Episod Pertama LeYa pada pagi ini...


************************************
First keluar malam time tuh... Aku pun sebenarnya di ajak rakan. Mulanya tak nak... Ye lah.. sebab tak pernah keluar malam2... Tapi sebab nak jaga hati kawan, aku keluar lah jugak... Then, nak jadikan cerita kawan lelaki die bawak la seorang kawan.. Aku tak kenal pun mamat tuh.. Tapi mamat tuh asyik pandang aku jer.. Aku biarkan saje... Dia ada mata.. Biarlah dia pandang...

Kami pergi karaoke... Erm... time nih tetibe jer aku duduk sebelah "mamat" tuh. Aku pun tak perasan la kan. And tak ambil port pun time tuh.. Aku layan jer lagu ape yang aku nak... Lama gak karoke time tuh... Pas tuh, sekali lagi aku terkejut laa.. Sebab mamat ni ajak berduet... Nak sedapkan hati, aku ok jer... Erm... okay... Suara die memang boleh tahan... Suara aku??? tak lah sedap sangat pun... hahaha...

Selesai karaoke, kami jalan2 pusing Bandaraya Melaka. Aku tak tau kenapa aku tetiba bagi kunci keretaku pada mamat tuh dan suruh die drive. Aku cakap aku penat.. Die ok jer... And cara die drive pun ok.. Tak gelojoh sangat pun... Aku berbual2 dalam kereta dengan die... Kebetulan time tuh kami dua jer yang umur lebih kurang... Yang lain termasuk kawan aku masih muda lagi... Jadi, kami banyak menghabiskan masa berdua sahaja tanpa mengganggu kerenah kanak-kanak ribena...Hehehe...

Pandangan pertama terhadapa mamat ni tak lah hensem sangat pun. Die ni sangat kurus... Sampai ramai cakap tak cukup makan ker?? Mungkin time tuh, aku tak terfikir pun nak jadikan pakwe. Rasanya eloklah sebagai kawan.. Hehe... jahatnye aku kan... Kalau Mr. F tau ni...habislah saya... Maaf ye Mr. F... tak sengaja laa...

Lama kami berbual berdua. Terasa senang aku bersama dengannya. Macam-macam kisah kami kongsikan. Lewat malam baru dia hantar aku pulang. Aku terkejut lagi. Dia sanggup hantar aku naik ke tingkat tiga rumah aku sampai aku masuk rumah, baru dia turun semula. Dia cakap dah malam. Nanti apa2 jadi susah. Awak perempuan. Wah! baru kenal tapi dia jaga aku macam aku ni kekasih hati dia. hehe...

Aku ucapkan terima kasih dan masuk ke rumah dan berlalu pergi ke bilikku. Aku pun tidur setelah kepenatan seharian keluar.



>> Bersambung....

Friday, 25 May 2012

Jalan-Jalan Cari Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tanggal 25 May 2012. LeYa sudah 3 bulan belum mendapat apa2 jawatan kerja. Penat? Sudah tentu. Tapi masih mencari lagi sehingga betul2 dapat dan meneruskan kerjaya itu dengan baiknya. Sebelum ini, LeYa ade buat satu projek yang disarankan oleh sebuah company. Namun, apabila projek hampir siap, Project Director mula ambil kesempatan dengan cuba melarikan diri daripada LeYa. Huh! sengaja taknak bayar harga projek tuh la agaknye.. Mr. F cakap yang projek itu mahu dibeli oleh pihak lain. Dari situ, terus dia menyuruh saya datang dan menunjukkan hasil kerja saya tanpa ada sebarang hitam putih. Saya dan Mr. F buat tak endah jer... Jika betul2 dia perlukan projek itu, dia akan cari sampai dapat dan saya akan minta hitam putih serta minta quotation harga telebih dahulu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Hampir saja saya merasai wang hasil usaha saya sendiri tetapi tidak disangka ditipu kerana tidak mampu bayar. 

Pendapat anda tentang projek yang saya bangunkan itu????


Bolehkah sekiranya saya menjual projek saya ke persada luar lain???

Oppsss!!! Sebelum itu tajuk projek diberikan adalah:

Title: New Web Browser >> "Briefcase Web Browser"
Developed By: Illya Farhana a.k.a. LeYa
Build on?: PHP Languages and VB.NET script
Used Software
  1. Adobe Flash Professional CS4
  2. Adobe Dreamweaver CS4
  3. Adobe Photoshop CS4
  4. Microsoft Visual Basic 2008
  5. MySQL Database
  6. XAMPP Server
  7. Microsoft Office 2010
Used Hardware:
  1. Notebook Acer Aspire 3620 with 2GB RAM 80GB HDD
  2. Desktop brand "COMPORT" with 512MB RAM 60GB HDD
  3. Inkjet Printer HP F2480 
Operating System
  1. Using Windows 7 Ultimate and Windows XP Service pack 3
Done! So, apa pendapat korang mengenai projek yang saya bangunkan ini.. Adakah ia perlu dikomersilkan pada mana-mana syarikat untuk kegunaan seharian. 



Merindui Kisah Semalam

Selamat Malam semua....

Sejuta kali ku coretkan segala memori di dalam LeYa's Blog ini. Mengenai teratak hidup seorang gadis yang semakin meniti usia dewasa. Rasanya baru semalam bermain bersama rakan-rakan, sanak-saudara di halaman rumah. Tapi, kini semuanya sudah berlalu. 

Tak banyak untuk LeYa perkatakan saat ini. Tak dapat tidak, aku harus terima yang aku semakin tua. Oh! atau mungkin lebih tepat semakin matang. Matang untuk aku adalah bagaimana sihatnya menguruskan masalah-masalah yang berlaku. 

Boleh dikatakan setiap hari akan berlaku perubahan dalam diri ku ini. Tanyakan sahaja pada ahli keluarga terdekat ku yang lebih mengenali diriku. Mereka sahaja yang tahu perubahan aku dari semasa ke semasa. 

Hari demi hari, aku memikirkan keadaan ku. Apakah kesudahan aku?? Orang keliling sudah membuka mulut berkata bilakah aku akan menamatkan zaman bujangku... Arrgghhh.... mereka tidak mengerti apa yang aku fikirkan... Bukan mudah untuk kita mencapai sesuatu yang kita sendiri belum mencapainya.. Aku perlu bekerja dahulu setelah tamat belajar. Aku perlu merasa duit hasil titik peluhku. Duit itu aku ingin salurkan dahulu pada orang yang aku sayangi iaitu Ibu dan Ayahku. Kemudian, abang dan adikku. Barulah aku akan menamatkan zaman bujangku bersama insan tersayang yang sudah berputik cinta selama lebih dua tahun. Pelbagai ragam dan aksi ku dapat dilayan si dia yang penyabar dan baik hati itu. Aku tahu dia juga masih menyimpan perbelanjaan untuk majlis bahagia kami. Dan, dia juga tidak lupa masa akan datang. Sikapnya yang fikir ke hadapan lebih menyenangkan hatiku. 

"Cuba awak fikir.. Kalau kita kawen skrg...nanti dah ade anak, macam mane ngan susu die, makan minum die.. pas tuh sekolah lagi...Saya belum cukup untuk itu.. Awak pun belum kerja lagi kan. Zaman skrg tak cukup kalau saya sorang jer... Saya tak nak anak2 susah nanti... Biar kita susah2 dulu...senang kemudian.."

Itulah yang diperkatakan si dia... Walau si dia sudah punyai wang, tetapi selagi aku belum berkerjaya tetap aku tidak akan semudah itu menamatkan zaman bujang ku.

Benarlah kata orang, semakin dewasa banyak masalah yang kita perlu selesaikan... Aku amat merindui hari semalam di mana aku tidak perlu memikirkan apa2 masalah yang datang di hari kelak. Ya! jika masa dapat diputarkan, sudah tentu aku tahu bajet wang perbelanjaan ku selama ini...

Aku dan Dia di AutoShow City, Melaka

Wednesday, 23 May 2012

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni LeYa nak buat cerita tentang penggambaran LeYa di rumah sendiri. Hehehehe... Penggambaran dilakukan sebelum Majlis Kenduri Tahlil pada 11 May yang lalu... Ketika itu, muncul idea untuk merakam gambar-gambar di setiap sudut rumah agar boleh dijadikan kenangan suatu hari kelak.

Sememangnya LeYa masih baru dalam dunia fotografi. Dan masih banyak kekurangan dari segi Aperture, Shutter Speed dan pencahayaannya... Namun, atas dasar ingin lebih berjaya, LeYa belajar dan terus belajar..

Mari kita ikuti gambar-gambar yang sempat LeYa rakamkan... hehehehe...








Thursday, 3 May 2012

Pemasangan Facebook Ads

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Adakah anda semua tahu ramai yang telah menjana pendapatan hanya dengan memasarkan produk melalui Facebook?  Kenapa memilih Facebook sebagai medium untuk mempromosikan barang-barang fizikal di Internet?
  • Kerana pengguna Facebook yang semakin hari semakin ramai! Pengguna di Malaysia sahaja telah mencecah 12,365,780 dan merupakan tempat ke-17 di dalam dunia cyber paling ramai. (Boleh lihat di sini >> Pengguna Facebook).
  • Kuasa membeli produk lebih tinggi di Facebook berbanding laman web lain kerana pelanggan lebih gemar bertanyakan soalan pada gambar-gambar atau post yang ditulis. Selain itu, pelanggan lebih mudah untuk menghubungi pemilik produk.

Pemasaran Facebook dengan FB Ads

Saya tahu anda tentu tertanya-tanya bagaimana nak promosikan melalui Facebook. Mungkin anda selalu lihat peniaga tag nama anda pada gambar-gambar produk dan menyebabkan anda berasa sakit hati dengan perbuatan tersebut. Ia juga adalah promosi tapi tak berapa beretika. Saya mempromosikan Fan Page saya menggunakan Facebook Ads. Kenapa Facebook Ads?
  • Target untuk market produk anda ada
  • Bayaran dikenakan ke atas berapa yang anda letak untuk sehari sewaktu anda membuat FB Ads tersebut. Contohnya anda letak RM5 sehari dan anda mahu ads anda running dalam masa 5 hari, RM5x5=RM25 sahaja anda kena bayar
  • Anda boleh set kan untuk Malaysia sahaja atau negara lain.
LeYa Production

Tahu kan mana iklan anda akan muncul? Mungkin anda perlukan tutorial untuk membuat iklan ads di Facebook. Nanti saya akan memberi tutorial bagaimana nak buat ads di Facebook, bukan saya, akan tetapi seorang pakar FB ads iaitu Ali Hanafiah. Tunggu post saya yang akan datang.
Jika anda mempunyai 10 Fan Pages dan satu Fan Pages itu meraih keuntungan RM200 sehari, jika 10 Fan Pages? Anda fikirlah sendiri, Tidak semestinya setiap Fan Pages yang anda miliki itu dapat menjana pendapatan untuk anda. Ada yang tidak mungkin kerana niche anda tidak mempunyai permintaan yang tinggi ataupun targeted market anda semasa membuat iklan itu lain.