Selasa, 27 Ogos 2013

Berdiri Teguh di Dunia Blog



LeYa datang lagi untuk mengemaskini blog kesayangan milik LeYa ini. Petang ni LeYa nak buat entri tentang "Business Card". Apa tu?? Lorrr... tak kan la tak tau kan.. rase LeYa dah ramai pun yang tau n dah ade pun business card ni.. Ok lah..ok lah... LeYa terangkan juga lah. Business Card ni adalah sejenis kad nama yang digunakan oleh ahli-ahli perniagaan untuk mempromosi produk mereka. Tidak ketinggalan juga para blogger. Dengan dunia IT serba canggih ni, tak mustahil LeYa katakan para blogger di luar sana yang sudah memiliki follower yang ramai dan terkenal mempunyai business card. Dari business card lah dorang mencari follower dan memperkenalkan blog mereka antara rakan-rakan mereka. 

Caranya tak lah susah pun.. Kalau kita ade hadiri satu majlis, jangan lupa kita bawa bersama business card kita dan beri pada orang-orang sekeliling kita agar mereka pulang ke rumah dan boleh melayari blog kita serta menjadi follower kita. Ni juga adalah satu cara untuk menaikkan trafik dan UV kita di nuffnang. Senang je kalau kita betul2 berusaha untuk berjaya. Tidak kiralah kerjaya kita itu di rumah atau di pejabat atau di mana-mana sahaja. LeYa akui masih belum menerima kerjaya dari sektor kerajaan mahupun swasta. Dengan kesempatan ini, LeYa cuba untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa dan menulis kisah-kisah kehidupan LeYa serta berkongsi beberapa tips & panduan jika LeYa dapat. 

Design by LeYa

Masih dengan tema purple iaitu warna kegemaran LeYa ditampilkan pada business card yang baru sahaja siap tadi. LeYa tidak sabar untuk mempromosikan lagi Laman LeYa's Blog ini kepada orang sekeliling agar mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan membaca aktiviti-aktiviti menarik yang LeYa cuba sampaikan. Dan LeYa juga akan cuba menulis dengan lebih berinformasi dan mempunyai matlamat dalam membuat sesuatu kerja. LeYa merupakan seorang Lifestyle Blogger dan Web Designer di Laman Web LeYa Production.

4 ulasan:

  1. Woaaaa bole nad ikut nie hee thanks kak :)

    BalasPadam
  2. Boleh je nad...
    kite same2 blogger jadi same2 la kite promosi blog kite kat org..

    BalasPadam
  3. salam leya...he2 ni nama kak lea yang sebenar tau..aleya ngeee...salam kenal ye ^^

    BalasPadam
  4. salam kenal Kak Lea..
    hehe.. yela..name kite same..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com