Followers

Tuesday, 6 August 2013

Menjelang Aidilfitri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Satu hari saja lagi untuk kita sama2 menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Terasa cepat masa berlalu.. Dan malam ini adalah solat terawih yang akhir untuk bulan Ramadan Tahun 1434H ini. 

Bunyi mercun di luar bertalu-talu menambahkan lagi kemeriahan menyambut Aidilfitri yang bakal kunjung tiba. Dalam kesibukan aku membantu ibu di dapur dan mengemas rumah, sempat lagi aku mencuri waktu terluang untuk mengupdate entri blog kesayangan aku ini. Bukannye ape...aku mahu juga tengok ramai tak rakan blogger aku yang masih membaca entri2 terkini setiap blog yang dilawatnye.. Hehehe... Dan nak tahu juga persiapan raya mereka macam mane kan... 

Jadi, di kesempatan ini juga aku ingin memohon seribu kemaafan buat rakan2 di sana sama ada pembaca blog dan rakan2 di luar atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan sebelum ini. Ketahuilah bahawa setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Tidak dilupakan juga buat ahli keluargaku yang banyak melayan kerenah ku terutama ibu dan ayah, anakmu ini memohon ampun dan maaf serta berusaha untuk mendapatkan jawatan tetap selepas Aidilfitri ini. Doa dan restu kalian amatlah anakmu ini sanjungi. 
Buat Mr. F aku yang kusayangi, aku teramat merinduimu dalam tempoh pertunangan ini. Ms. Manje mu juga memohon seribu kemaafan di atas kedegilan sikap selama ini. Setiap hari ku bermunajat ke atas Allah S.W.T. agar dilimpahi rezeki yang halal ke atas dirimu untuk menjagaku kelak... 

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN buat seluruh umat Islam yang akan menyambut perayaan ini pada 01 Syawal 1434H di mana hari tersebut adalah hari kemenangan kita setelah sebulan menahan segala godaan nafsu. Dan diingatkan juga, jangan hentikan segala amal ibadat kita di bulan-bulan lain kerana sesungguhnya Iman kita terletak pada apa yang kita lakukan bersama Allah. Hanya Dia yang tahu apa yang kita lakukan. 

Sekian, Wassalam.


Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: