Followers

Wednesday, 28 August 2013

Resipi Hari Ini: Daging Masak Kicap


Haiii.... semua.. Hari ni LeYa terpanggil lagi untuk menulis entri mengenai satu resipi. Emmm...alaa...resipi ni mudah saje nak buat.. Dan LeYa memang suka pun buat masakan ni sebab senang.. Tak yah nak fikir-fikir sangat... hehehehe....

Ok lah...ape yang LeYa nak tunjukkan ni ye.. Hari ni LeYa nak bagi resipi "Daging Masak Kicap". HA! kan mudah kan. 

Bahan-bahannya adalah :
  1. 400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
  2. 3 sudu besar kicap manis
  3. 1 sudu besar kicap pekat
  4. 1/2 biji bawang besar
  5. 2 inci halia
  6. 1 biji bawang putih
  7. 2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
  8. 1 batang kayu manis
  9. 2 kuntum bunga lawang
  10. 1/2 cawan air
  11. sedikit minyak untuk menumis
  12. 1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Cara-caranya

1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

( kalau nak rebus daging sampai empuk pun boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)

Gambar Hiasan
Reaksi kOrang:

9 beri komen di sini:

Nur Fahz said...

Menarik.& nampak sedap.In Shaa Allah pasti kak fahz try nanti :)

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

alamak sedapnya. teringat masakan suami daging masak kicap! superb!!!

Che Siti Maryam said...

sedap..:)

Cik Mun said...

sedapnya...

Ikhwan Wanda said...

Haaa bile nk msk kt uma ni lakk? :-D

Ikhwan Wanda said...

Bile lak nk masak kat uma ni?

Illya LeYa said...

Kite masak kat umah ibu n umah sendiri jw..xbiase dapur org

Illya LeYa said...

Kite masak kat umah ibu n umah sendiri jw..xbiase dapur org

sha (chirp chirp) said...

waaahh, ramainyaaa. ni betul2 keluarga besar blogger ni. huhu :)