Wednesday, 25 September 2013

Ya Allah! Tunangku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Malam kian berlabuh tirainya. Baru malam ini LeYa dapat menulis rentetan perjalanan di blog kesayangan ini.

Kenapa dan Mengapa ia berlaku??

Semalam...LeYa dikejutkan berita Incik Tunang kemalangan semasa hendak ke tempat kerja.
Dan semalam sebelumnya LeYa mendapat lagi satu berita di mana sahabat LeYa semasa menuntut di bumi UTeM waktu ketika dahulu telah pun kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirrajiun. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 beriman. Setiap perilaku beliau sebelum ini amatlah disegani rakan2 kerana beliau sangat mulia dan baik.

Berbalik pada kisah Incik Tunang... LeYa pun menghidupkan enjin kereta pagi ini untuk meneruskan perjalanan ke Melaka. Hati tatkala itu hanya Allah yang tahu. Rintihan hati seorang bakal isteri kepada bakal suaminya...

Kereta pun meluncur laju membelah lebuhraya selatan... Tiba di tol Jasin, pantas membayar bil nya dan meneruskan perjalanan ke rumahnya... Di hadapan rumahnya, LeYa dipelawa masuk setelah memberi salam. LeYa berjabat tangan dengan bakal ibu mertua dan bertanya khabar akan anaknya iaitu Incik Tunangku.. Tatkala itu juga beliau terus keluar dari biliknya dengan keadaan luka sana sini. Kasihan LeYa melihatnya.

Lama LeYa di situ membantu apa yang perlu. Satu panggilan telefon dari tempat kerja Incik Tunang memberitahu beliau dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke bahagian lain. ALHAMDULILLAH....syukur dengan limpah kurniaNya. Tidak disangka saat sedang sakit ini masih dapat menerima berita gembira. Benarlah setiap ujian yang Allah beri itu hanya Dia yang tahu.

Kemalangan JalanRaya
Gambar yang menyayat hati ini...
Kenangan
Gambar Kenangan Arwah (Muhammad Nor Afiff) semasa Konvokesyen tahun lepas


Reaksi kOrang:

7 beri komen di sini:

Ayie Abas said...

gerun baca....

kena kuat semangat....

Cik Itah@RRP said...

alhamdulillah..syukur tunang tak apa-apa...

p/s : salam takziah buat keluarga kawan akak..

Asha Lya said...

takziah buat rakan leya..
syukur juga tunang leya selamat.
tabahkan hati leya..dugaan di alam pertunangan memang banyak.sabar ya leya

Illya LeYa said...

Terima kasih semua rakan2 LeYa kerana memberi kata2 semnagat pada LeYa..

Affy Afiqah said...

Syukur tunang akak selamat. Risau pula kat tunang saya pergi kerja hari-hari macam mana. Selamat tempat kerja tak jauh dengan rumah sewa dia.
Tunang akk orang jasin? Saya pun orang jasin :)

Takziah buat keluarga rakan. Semoga diberi kekuatan untuk menerima takdir Allah. Alfatihah.

Affy Afiqah said...

Syukur tunang akak selamat. Risau pula kat tunang saya pergi kerja hari-hari macam mana. Selamat tempat kerja tak jauh dengan rumah sewa dia.
Tunang akk orang jasin? Saya pun orang jasin :)

Takziah buat keluarga rakan. Semoga diberi kekuatan untuk menerima takdir Allah. Alfatihah.

Illya LeYa said...

Eh tak la...die org Merlimau...