Thursday, 17 October 2013

Episod 9: Kerja OH Kerja

Lebih kurang dalam tempoh setahun juga, sudah acap kali aku mencari kerja. Gawat tak gawat, tapi kata hatinya lebih penting. LeYa tidak takut. Kerja tak kerja, hidup ini memang sentiasa ada risiko. Makan tak makan, pandai-pandailah dia nanti.
               
  Tugasnya yang pertama di Bandar Kuala Lumpur sebagai Pembantu Pengaturcara di sebuah syarikat pembangunan sistem cuma mampu bertahan selama dua bulan. LeYa terpaksa berhenti kerana telah mendapat tawaran sambung latihan industri di Petronas, KLCC. Seminggu selepas berhenti kerja di syarikat itu, LeYa seperti tidak selesa dengan keadaan baru di Petronas. Hampir sahaja ingin pulang ke syarikat lama, namun memandangkan gaji lumayan yang diberi, LeYa teruskan jua. Bertugas dari pagi membawa ke petang memberi satu cabaran dalam diri.
               
  Usai dari latihan industri, LeYa duduk di rumah mencari kerja di mana sahaja sehingga setakat yang mampu oleh diri ini. Kemudian, pada bulan November, LeYa lalu dipanggil kerja di cawangan LHDN Seremban sebagai Pembantu Tadbir (Penaksiran) sambilan. Di sini LeYa hanya dapat bertahan selama enam bulan kerana mengikut kontrak di atas kertas. Kini sekelip mata, LeYa kembali jadi penganggur. Masih dengan usaha seperti dahulu. Mencari dan terus mencari kerja.
               
  Langkah demi langkah terus diatur entah ke mana. Tiada sebarang rancangan untuk hari esok. LeYa belum terfikir. Yang jelas, dia masih belum bersedia untuk memikirkannya. Esok adalah untuk hari esok. LeYa tidak akan mengusutkan fikirannya dengan perkara-perkara atau masalah-masalah hari esok. Ketika ini, apa yang LeYa tahu, mengosongkan fikirannya dan menenangkan hati. Itu sahaja.
               
  Di dalam kereta, LeYa duduk seketika melepaskan penat. Rupa-rupanya hampir sejam dia termenung tanpa tujuan melayani perasaan. Jam di tangan menunjukkan pukul 11.30 pagi. Ketika inilah baru LeYa terasa dahaga. Dia memerhatikan keadaan sekelling. Di seberang jalan tempat dia parkir kereta kelihatan sebuah restoran. Dengan langkah malas, LeYa menarik kakinya keluar dari kereta dan menuju ke sana.
                
Restoran Selera Ramai tidak ramai pengunjung yang kelihatan. Aroma ikan yang baru digoreng menusuk hidung LeYa. Hasratnya untuk sekadar membasahkan tekak terbantut. Sudah terlanjur masuk waktu tengah hari ini, elok juga kalau aku mengisi perut di sini sahaja.
                
Nasi campur berlaukkan ikan keli bercili goreng seekor, ulam pucuk ubi dicelur dan sambal belacan. Air Tea O ais segelas. Itu sahaja yang diambil LeYa. Sambil makan, sesekali mata LeYa tertumpu ke arah sederet kedai-kedai di seberang jalan sana. Kedai-kedai yang dilaluinya tadi. Ramai yang lalu lalang di situ.
               
  Lama LeYa makan di situ, terasa ada yang memerhatikannya. Segera LeYa menghabiskan nasinya sebelum menuju ke kaunter bayaran.
                
“Berapa semuanya?” LeYa bertanya pada seorang gadis yang kelihatan sebaya dengannya.
               
  “RM 6.90.”
             
 Wang kertas sepuluh ringgit dihulurkan pada gadis itu. Spontan juga LeYa bertanya. “Kenapa mahal sangat?”
                
“Yalah, adik ambil seekor ikan keli bercili tadi, kan?” Gadis itu membahasakan LeYa sebagai adik. Mungkin pada tanggapannya LeYa lebih muda daripadanya.

Masih tak puas hati, LeYa bertanya lagi. “Berapa seekor ikan keli bercili goreng itu kak?” Setelah gadis itu memanggilnya ‘adik’, LeYa memanggilnya ‘kak’.
                
“Ikan keli goreng bercili seekor RM 3.00. Pucuk ubi celur RM 1.20. Sambal belacan 50 sen sebab adik ambil banyak. Nasi penuh 70 sen. Air teo o ais RM 1.50.” Pertanyaan LeYa kali ini dijawab dengan panjang lebar.
                
LeYa terdiam. Cekik darah betul! Ikan keli bercili goreng sebesar itu sampai RM 3.00” Pucuk ubi celur yang secotet tadi pun sampai RM 1.20? Sambal pun aku terambil banyak sikit pun nak dikira sampai 50sen? Ada ke patut? Patutlah tak ramai pelanggan yang datang.
                
Hendak tak hendak, LeYa menghulurkan semula not RM 10.00 kepada gadis itu. Lain kali, jangan haraplah aku nak makan di sini!
                
Setelah baki RM 3.10 wangnya dipulangkan, LeYa terus menyeberang jalan menuju ke tempat parkir kereta. Mulutnya masih merungut-rungut. Beberapa langkah sebelum sampai di keretanya, LeYa memeriksa dompetnya. Cuma tinggal RM 10.00 dan entah berapa sen. Mungkin cukup untuk terus sahaja pulang ke rumah.
                            *****************************************

                Di rumah, setelah LeYa berehat dan menikmati juadah makan malam bersama keluarga, LeYa dihubungi oleh Zol. Peristiwa tengah hari tadi diceritakannya kepada Zol.
                
“Sayang…you know that.. Tadi I makan di luar sebab dah tengah hari dan perut pun lapar. Bile turn to pay to the cashier, oh my god…its really expensive you know. Patutlah kedai makan tuh tak ramai orang datang.” Mengadu LeYa pada tunangnya.
                
“It’s okay manje… You jangan risau. Everything will be just fine. Just enjoy yourself okay. Nanti, after I got my salary, I’ll give to you.”pujuk Zol terhadap LeYa.
                
Wah….Dia nak bayar balik duit makan aku tadi dan bagi duit belanja. Alhamdulillah… bersyukur kerana Allah masih sayangkan insannya ini. Tidak kusangka dia juga baik pada ku.
               
  “Errr….you tak kisah ker?? Kan you nak saving for their wedding.”
                
“It’s okay manjeku. Macam yang I cakap tadi, everything will be just fine.”

            
Setelah mengucapkan terima kasih kepada dia, LeYa pun mematikan talian telefon untuk merehatkan badan yang letih di siang hari tadi. LeYa tersenyum-senyum sendirian bila mengenangkan sikap prihatin dan tanggungjawab si dia. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi seorang lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab serta melindungi diri ini. LeYa memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan terus terlena hingga ke subuh.  

Bersambung>>
Reaksi kOrang:

4 beri komen di sini:

Cik Mun said...

wahh..sweetnye die..

♥♥ Nur ♥♥ said...

wow leh jd penulis novel cm ni..

piqa da bajitos said...

kan ikan sume mahai
bukan besau mane pon
huhu

apepon2 ada encik abg leh jaga
hehe

Abee Sam said...

tq leya done follwow leya .. nanti Abee masukan Link blog leya di wall blog Abee ...