Sunday, 13 October 2013

Pengenalan Kepada CMS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah ramai yang menulis di blog2 mereka tentang Laman Web. Hari ini LeYa terpanggil untuk menulis juga satu entri bertajuk "Apa itu CMS?" Sudah pasti ramai yang telah tahu kerana hari ini sahaja kita bleh lihat berapa ramai blogger2 baru muncul dari kalangan yang muda-mudi. Teknologi di hujung jari. Apa sahaja yang ingin kita ketahui semuanya boleh dicari di Mr. Google. Mudah dan Cepat... Tidak perlu menunggu giliran untuk pinjam buku di perpustakaan. Namun, masih juga diperlukan bahan2 ilmiah di perpustakaan untuk membandingbezakan maklumat yang terdapat dalam laman web. 


Bila kita sebut sahaja tentang CMS pasti ramai yang terbayang Joomla!, Mambo, PHP-Nuke, Xoops, PHP-Fusion dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi apabila kita hendak mencadangkan penggunaannya kepada pelanggan kita. Mereka akan memandang serong pada perkataan CMS kerana kebanyakannya ditawarkan secara percuma. Ini berlaku apabila kurangnya pendedahan umum tentang 'apa itu CMS'.

Secara kasar CMS merupakan teknologi yang digunakan untuk memperbaiki kualiti dan prestasi penyampaian media secara digital serta memberikan portal jaringan kelebihan dari segi kandungan yang lebih dinamik dan interaktif. 

CMS bukan Joomla!, Mambo, PHP-Nuke, Xoops, PHP-Fusion dan lain-lain tetapi Joomla!, Mambo, PHP-Nuke, Xoops, PHP-Fusion dan lain-lain tergolong di dalam kategori CMS. Sistem ini berfungsi membantu pengguna menguruskan kandungan halaman web dengan lebih efisyen dan dinamik. Ini termasuklah fail-fail komputer, gambar, video, audio serta dokumen elektronik. 


Jika kita lihat dari bentuk pembangunan halaman web statik, kita perlu menambah atau mengubah kod-kod halaman web apabila kita ingin menambah isi kandungan halaman web. Dengan menggunakan CMS, kerja-kerja mengemaskini web menjadi semakin mudah. Apa yang perlu kita tahu ialah langkah-langkah pengaturcaraan yang mana bukan semua orang mempunyai pengetahuan tentangnya. Semua isi kandungan pula akan disimpan di dalam pangkalan data. Dengan ini, kerja-kerja mengemaskini web menjadi mudah dan cepat.

Penerangan yang panjang lebar di atas memberikan serba sedikit tentang CMS. Definisi sebenarnya ialah Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System[CMS]) adalah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Ia menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. 

CMS juga mempunyai ciri-ciri tambahan untuk memudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan dan risalah-risalah penjualan. 

CIRI_CIRI CMS
  • Mencipta dan mengimport dokumen serta bahan-bahan multimedia.
  • Mengenal pasti pengguna-pengguna utama serta tanggungjawab pengurusan kandungan mereka.
  • Kebolehan untuk membahagikan peranan serta tanggungjawab dalam kategori-kategori kandungan yang berbeza.
  • Mendefinisikan tugas-tugas penting.

CIRI-CIRI CMS WEB
  • Reka bentuk automatik: reka bentuk piawai yang boleh digunakan secara automatik kepada kandungan baru serta sedia ada. Ini membolehkan setiap laman mempunyai reka bentuk yang sama.
  • Kandungan yang mudah disunting: Sebaik sahaja kandungan anda diasingkan daripada reka bentuk laman web anda. Ia boleh memudahkan kerja-kerja penyuntingan. Kebanyakan perisian CMS mempunyai alat penyuntingan WYSIWYG yang membolehkan kandungan disunting.
  • Modul dan panel: Kebanyakan CMS mempunyai modul dan panel yang boleh dipasang secara mudah untuk memperluaskan fungsi sesebuah laman web.
  • Peningkatan web: CMS yang aktif biasanya sentiasa mempunyai pengemaskinian untuk membolehkan set sentiasa di paras semasa.
  • Pengurusan Dokumen: Perisian CMS sentiasa membolehkan pendokumentasian berlaku.
JENIS-JENIS CMS WEB
  • CMS berasaskan modul. Kebanyakan tugas dalam pengurusan dokumen disediakan oleh modul-modul CMS. Modul-modul asas adalah penyuntingan, pengubahsuaian dan penerbitan.
  • CMS berasaskan transformasi bahasa dokumen. Menyediakan fungsi-fungsi reka bentuk dan sebagainya.
KEISTIMEWAAN CMS WEB
  • Kawalan akses pengguna
  • Rekabentuk laman menerusi template
  • Pemilihan modul oleh pentadbir web
  • Kemudahan pemasangan 'add-on' pada CMS
  • Kemudahan 'upgrade' dan pemasangan 'patch' perisian CMS
  • Penjejakan pengunjung
  • Agregasi kandungan melalui RSS (Really Simple Syndication)
Wahhh.....panjang betul entri LeYa hari Ahad ni kan... Hmmm... LeYa ingin berkongsi la apa yang LeYa dah belajar selama ini di bumi Perlis dan Melaka yang membawa LeYa sebagai seorang Web Developer dan juga sebagai Lifestyle Blogger. Sekian sahaja dari LeYa untuk hari ini. Salam Cuti Ahad bersama keluarga tercinta.
Reaksi kOrang:

1 beri komen di sini:

Anarm said...

WordPress terbaik dalam kategori CMS.. :)