Rabu, 9 Oktober 2013

Revolusi Teknologi Imej


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Nokia Lumia 1020
Lumia 1020 penanda aras baru dalam pengimejan telefon pintar

Hari ini kita dapat lihat dunia teknologi semakin hari semakin canggih dengan keluaran gadget2 yang terkini. Dari yang boleh access Internet sehinggalah boleh merakam gambar atau video dengan hanya menggunakan telefon pintar. Jadi, tiada lagi alasan apabila kita ingin merakam gambar atau video menggunakan telefon pintar. 

Kemunculan Nokia Lumia 1020 adalah penyelesaian kepada semua rungutan apabila gambar atau video yang dirakam tidak begitu jelas dan kurang menarik. Lumia 1020 adalah satu penanda aras baru dalam pengimejan telefon pintar.

Lumia 1020 berjaya menghasilkan imej paling terang dan jelas berbanding kamera digital lain. Inovasi Nokia iaitu teknologi PureView termasuk sensor 41 megapiksel, optik Zeiss dengan enam lensa dan penstabilan imej optikal membolehkan sesiapa sahaja untuk merakam, menyunting dan berkongsi gambar serta video profesional berkualiti. 

Penggunaan aplikasi baru yang dipanggil Nokia Pro Camera, Lumia 1020 seperti mencipta semula zoom yang memudahkan pemiliknya merakam gambar dahulu dan kemudian zoom untuk meneroka dan menulis semula cerita dengan lebih lengkap berbanding sekadar pandangan mata. Kesan lebih menarik terhadap gambar atau video boleh diperoleh apabila Nokia Pro-Camera memudahkan ciri-ciri yang terdapat pada kamera profesional dan mengajar pengguna cara mengambil gambar dengan baik.

Lumia 1020 adalah kamera digital paling serba boleh dalam pasaran hari ini. Ciri "dual capture" unik secara serentak merakam gambar resolusi tinggi 30 megapiksel untuk proses suntingan dan mewujudkan gambar 5 megapiksel yang mudah dikongsi di rangkaian sosial menggunakan Windows Phone 8.

Gambar yang dirakam dijamin jelas seperti kristal walaupun diambil dalam keadaan cahaya rendah. Selain itu, video yang dirakam bebas daripada kesan kabur dengan bunyi stereo pada tahap paling tinggi menggunakan "Nokia Rich Recording" yang mengawal tekanan bunyi enam kali lebih kuat daripada mikrofon telefon pintar konvensional.

Terdapat lebih 175,000 aplikasi dengan Windows Phone yang melengkapkan platform untuk Lumia 1020. Selain itu juga, Lumia 1020 turut menampilkan perkhidmatan Nokia. Aplikasi Here memberitahu lokasi terkini kedudukan anda termasuk peta yang menampilkan "LiveSight" bagi memudahkan anda mencari tempat baru untuk merakam gambar.

Bagi memastikan anda seronok mengambil gambar dan merakam video, Nokia mencipta Pemegang Kamera Nokia iaitu aksesori bagi melengkapkan kewujudan Lumia 1020 dan menjadikan kerja merakam imej mengikut citarasa masing-masing terutama dengan sebelah tangan.

Pemegang kamera itu turut mempunyai bateri caj semula yang boleh dilekatkan pada sebarang tripod kamera ketika anda ingin mengambil gambar potrait atau merakam gambar jarak jauh. 

Sementara itu, Lumia 1020 akan mula berada di pasaran Malaysia pada 25 September ini di Lembah Klang dan awal Oktober di seluruh negara. 

Pada harga RM2,499 anda boleh memiliki Pemegang Kamera Nokia secara percuma.

SPESIFIKASI 
Dimensi: 130.4x71.4x10.4mm
Berat: 158 gram 
Masa bercakap: GSM hingga 10.9 jam; 3G sehingga 12 jam
Paparan: 4.5 inci PureMotion HD+super AMOLED 1280x768 resolusi dengan teknologi ClearBlack dan sentuhan sensitif
Sistem Operasi: Windows Phone 8
Prosesor: 1.5 GHz Dual-Core Qualcomm Snapdragon S4 prosesor
Memori: Dalaman - Sehingga 32 GB, 2 GB Dual-Channel RAM
Luaran - 7GB SkyDrive storan cloud
Kamera: 41MP PureView, Zeiss optik dengan flash Xenon dan Penstabilan Imej Optikal 
Video: HD 1080p @ fps dengan OIS
Harga: RM2,499

5 ulasan:

  1. tak jadi nak beli..lambat sgt keluar..hehe
    so beli lain dlu

    BalasPadam
  2. Byk improvement dah ni. Persaingan sengit dgn kamera lain kat pasaran. Apapun, berbaloi dgn harga.

    BalasPadam
  3. Gadgets sekarang memang macam-macam dah keluar.
    Persaingan daripada brand lain pun sangat banyak, tinggal pilih yang mana satu suits with our need je :)

    BalasPadam
  4. skrg aefa tringin samsung 3g je hihi

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com