Followers

Sunday, 10 November 2013

Alhamdulillah.... Earningku bertambah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wah! Tidak rugi tangan ku menggatal klik dan lihat nuffnangku... Rupa2nya earning ku dah di credit kan dan bertambah... Alhamdulillah...dengan apa yang telah diberi... 

Berkat usaha ku mencari pendapatan tambahan menjelang Hari Perkahwinan ku yang bakal kunjung tiba telah memberi sinar kebahagiaan dan keazaman untuk aku terus berblogging dengan lebih baik lagi. Kalau dahulu, aku hanya menulis di blog dengan suka2, tetapi kini blog kesayangan aku kini sudah pun berjaya memberi pendapatan buat aku. Segala hasil titik peluh aku selama ini berbaloi apabila melihat duit simpanan yang berada di Nuffnang

Doaku kepada Yang Maha Esa ingin memudahkan urusan Majlis Perkahwinan ku bersama si dia termakbul dengan sedikit anugerah yang diberiNya melalui penulisan di blog ini. Aku tidak pun menyangka sama sekali penglibatan aku dalam dunia blogging hari ini boleh memberi pendapatan untuk membantu aku sendiri. 

Juga tidak dilupakan juga buat rakan2 seperjuangan yang sering membantu di kala kebosanan atau kesibukan dengan mengklik iklan2 di blog ini. Jasa kalian amatlah aku hargai. Oleh itu, setiap kali aku bertandang ke blog2 mereka, aku akan cuba juga mengklik iklan2 mereka kerana mereka juga sama seperti aku ingin melihat sedikit perubahan pada margin pendapatan nuffnang mereka. Bukan banyak, tetapi cukup lah boleh di "cash out" setiap bulan sebagai duit poket harian. Walaupun, aku belum berkesempatan untuk mengeluarkannya lagi, tetapi aku tahu sedikit demi sedikit nilainya bertambah dan suatu hari nanti akanku keluar secara banyak untuk dibuat sebagai tambahan dalam kehidupan harianku. 

CPUV
Cost Per Unique Visit

CPC
Cost Per Click
Reaksi kOrang:

10 beri komen di sini:

Amna Shihin said...

wuahhh bestnya.
Alhamdulillah rezeki akak kan? :D

Anis Zahidi said...

anis pun dpt CPUV jugak tp bru xbyk lg earning :D

Leeza dayasari [santai leeza] said...

terus sukses k...

Zura said...

Tahniah.teruskan usaha.In Shaa Allah.

ika zulkefli said...

Alhamdulillah, tahniah sis..:)

adrianna syaz said...

Singgah dan folo blog leya kembali :)

Muhammad Khairuddin Lim said...

Tahniah....

Kenit Cinonet said...

alhamdulillah .... teruskan perjuangan ok! (^_^)

Amira Aminuddin said...

Tahniah, hehe..

AhkakGojes said...

wah..mesti byk kan..bila bleh cashout?