Followers

Friday, 22 November 2013

Bersama Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yeah! Semalam seharian LeYa tidak online. Pagi2 LeYa telah menghadiri satu sesi temuduga bersama Mr. F. Dia yang telah menghantar LeYa ke destinasi tersebut... Hehe.. Dalam pada itu juga, Mr. F berkesempatan untuk turut serta memeriahkan sesi temuduga dengan menjadi calonnya. Mana tahu ada rezeki kan.. Dedua dapat.. Lagi mudah+senang... Hehehe... 

Invitation by email...
Selesai sesi temuduga, kami pun apa lagi... Tengok jam di tangan.. Masih awal... Mr. F bawa LeYa berjalan2, window shopping dan menonton wayang yang telah sekian lama kami tidak pergi bersiar2 bersama. Itu semuanya gara2 Mr. F seharian bekerja untuk mengumpul dana perkahwinan kami. huhu...

Tajuk : Kisah Paling Gangster
Tarikh Tayangan : 21 November 2013
Pelakon :  Shaheizy Sam, Epy Raja Lawak, Mikail Andre, Wawa Zainal
Genre : Aksi
Pengarah : Brando

Sinopsis Filem Kisah Paling Gangster
Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...
Filem yang sempat kami tonton bersama... Tak kira2... Baru keluar terus dah nak tengok. Hahaha... Best jugak jalan cite dia... Diselitkan dengan lawak2... Tapi dah terlalu banyak sangat kisah2 gangster ni kan... 

Kreatif tak Mr. F. Dia design sendiri... Kalau nak apa2 bentuk bolehlah buat tempahan pada LeYa. Proses siap dalam masa 2minggu.
Reaksi kOrang:

2 beri komen di sini:

Liza Licha said...

wah dh tgk cerita baru. hehe. singgah sini :)

Aefa Aerisya said...

aah malaysia skrg musim cerita ganster n hantu -.--''