Monday, 12 May 2014

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Jam menunjukkan jam 5.42P.M. Terasa pantas masa berlalu kan. Masa terluang ini ingin LeYa ceritakan sedikit mengenai blog. Korang mesti dah tau kan berapa banyak blog2 di luar sana yang kita sendiri tak mampu nak melawat satu persatu setiap blog mereka itu. Ada yang masih baru belajar dan ada yang sudah lama dalam dunia blogging ni. Pada LeYa kan, tak salah pun nak berblogging ni kerana LeYa tahu itu mungkin adalah minat kamu semua.

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?
Gambar sekadar hiasan diambil dari Mr Google
Namun, ada juga sesetengah blogger memulakan aktiviti blogging ini kerana terikut trend, nak dapat duit mudah, tak perlu pergi kerja di pejabat, bersesak di jalan raya. Kemudian, kecundang apabila blog mereka tidak mempunyai pendapatan. Padahal baru sahaja berjinak dengan blogging. Kerana niat asal nak ada blog sebab nak jadi mudah, kaya dan senang dalam semua perkara. Nak ada duit tanpa perlu bekerja keras di mata dia walhal tidak sebenarnya.

Percaya atau tidak dalam apa jua bidang sekalipun, minat yang akan menjadikan korang berjaya? Bakat yang ada dalam diri korang tu tolak tepi dulu sebab bagi LeYa, bakat boleh diasah kalau korang rajin cuma kalau dah memang dianugerahkan bakat sejak azali, lagi mudah untuk korang berjaya dari orang lain. Jadi bersyukurlah dan percayalah pada instinct. Kalau ade bakat tapi tak ade minat pun, tak guna jugak kan?

Ada orang buat blog, bila tahu kebanyakan Full Time Blogger hari-hari duit masuk hanya dengan duduk di rumah sahaja. Ada orang buat blog sebab gilakan poplariti. Ada orang buat blog, sebab malas nak pergi kerja dengan harapan blog dapat tanggung hidup dia. Ada orang buat blog sebab saja suka-suka dan ada yang buat blog semata-mata kerana terikut-ikut trend semasa.

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Orang ada blog, aku pun nak ada blog. Tak gitu kan? hehehe.... Then, orang buat duit dengan blog, korang 10sen pun tak dapat. Korang cakap "alaa... aku buat blog saje je suka-suka, bukan nak duit pun". Tapi bila tengok bersepah juga iklan kat blog tu (buat hiasan ker iklan kat blog tu...)hehe...

Kesilapan ramai blogger yang wujud hari ini adalah kerana menulis blog semata-mata nak kaya. Kerana nak dapat income. Hari ni buat blog kalau boleh esok nak ada income dah. Bila esok tetap takde income, terus putus asa. LeYa dulu mengambil masa yang lama untuk mencari satu networking memperkenalkan LeYa's Blog di persada blogger2 luar sana. Takde pulak pada mulanya niat nak dapat duit banyak dalam masa singkat.

Bila target korang ada blog semata-mata nak ada income, reader bukan tak boleh baca niat korang melalui penulisan atau isi kandungan yang disampaikan. Tulis sesuatu kerana lahir dari hati. Kita happy, orang lain yang baca pun happy sama In syaa Allah. (Nasihat untuk diri sendiri juga).

Kesimpulannya, kalau korang tengok orang lain berjaya tak kiralah dalam bidang apa sekalipun, jangan tanyalah bagaimana dia berjaya bangun dari kegagalan masa lampau. Untuk blog, jika hari ini persepsi korang buat blog semata-mata nak poket tebal, baik ubah persepsi tu sebab ianya nampak mudah tetapi tidak sama sekali.

So, korang ade blog kan? Kerana minat atau nak buat duit? Bagi LeYa, semestinya kedua-duanya sekali tapi lebih sedikit kepada minat kerana minat yang akan mempengaruhi  setiap apa yang LeYa impikan dan jalani hari sehariannya dan mungkin juga selamanya.
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: