Followers

Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tanggal 16 Mei adalah hari bersejarah yang diraikan pada setiap tahun kepada guru-guru di Malaysia. Tidak ketinggalan juga kepada LeYa. LeYa ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada guru-guru, pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjadi insan yang berjaya. Sesungguhnya seorang guru tidak pernah kenal erti penat lelah untuk membentuk setiap pelajar yang diajarnya. Kegembiraan yang akan terpancar di wajah seorang guru terserlah apabila pelajar mereka berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Jutaan terima kasih kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang mengjar LeYa di:
  1. Tadika Kemas Taman Dato Hj Abdul Samad, Port Dickson
  2. Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, Port Dickson
  4. PLKN Kem Seri Perkasa, Mantin (Kump 2 Siri 2 Tahun 2005)
  5. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  6. Universiti Teknikal Malaysia, Melaka
Dan sejuta penghargaan buat ayahanda tercinta yang juga seorang guru dan mengajar LeYa di waktu ketika dahulu. 

Hari demi hari, banyak kerjaya yang LeYa lakukan. Tibalah masanya LeYa pula telah bergelar seorang guru di sekolah lama tempat LeYa menimba ilmu iaitu di SMK Bukit Saujana, Port Dickson. Pengalaman pertama mengajar amat payah sekali. Ia kerana LeYa perlu menyesuaikan diri dengan pelajar. Lama kelamaan LeYa dapat berkomunikasi dengan baik antara pelajar yang LeYa didik. Tak sangka kan. Bidang yang LeYa tidak ceburi langsung, tapi kini sedang melaluinya.

Dan pada hari ini, Hari Jumaat bersamaan 16 Mei 2014, kami guru-guru di SMKBS disambut meriah dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar dan sesetengah guru sendiri. Aktiviti bergambar bersama rakan seperjuangan tetap juga diambil sebagai kenangan apabila LeYa keluar nanti.


Selamat Hari Guru 2014
Guru-guru SMKBS

Selamat Hari Guru 2014
Bergambar sakan

Selamat Hari Guru 2014
Geng 3NKISS (Nor Faizura, Nur Amalina, Noor Diana, Kamsiah, Illya[LeYa], Siti Zunaidah & Siti Anizah) - Rakan seperjuangan LeYa yang sering bersama 

Selamat Hari Guru 2014
Barisan guru-guru lelaki juga turut serta men'selfie'kan diri...hehe..

Selamat Hari Guru 2014
Yeah...cikgu paling rajin

Selamat Hari Guru 2014
Guru-guru diraikan di majlis sambutan hari guru di dewan sekolah

Begitulah bagaimana kisah LeYa menjadi seorang guru yang kini sudah hampir masuk ke dua bulan dalam bidang pendidikan. Terasa diri dihargai pelajar walaupun kita masih mentah dalam dunia perguruan ini. Kepada anak didik LeYa, LeYa doakan kalian berjaya dan menjadi anak soleh dan solehah buat ibu dan ayah. 
Reaksi kOrang:

1 beri komen di sini:

Adam Fahmy said...

selamat HAri Guru Liya..... seronok tengok pic2! Meriah... Nikmt jd guru kan..

salam,
sabdapelangi.blogspot.com