Followers

Wednesday, 18 June 2014

Baiti Jannati: LeYa & ZoL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru dapat tengok semula blog kesayangan setelah beberapa bulan yang lalu sibuk dengan majlis perkahwinan LeYa sendiri. Kini, alhamdulillah LeYa telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan LeYa, Mr. F atal lebih dikenali dengan ZoL.

Satu permulaan baru dalam hidup LeYa kini kerana telah bergelar isteri. Bukan mudah untuk menjadi seorang isteri solehah dan tidak susah apabila kita sudah dan hampir capai ke situ. Menjadi isteri solehah adalah satu kebanggaan buat para suami. Menjaga hati suami, menjaga hati ibu dan ayah mertua sudah semestinya LeYa kini lebih matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan setelah hampir 3 minggu bergelar isteri. Merah inai masih terpapar di jari tangan dan kaki. Berbekalkan doa ibu dan ayah LeYa serta tunjuk ajar diselitkan nasihat, LeYa dapat membawa sedikit pedoman apabila berada di rumah mertua. 

Majlis Pernikahan yang menghalalkan LeYa adalah isteri kepada Incik Suami berlangsung pada malam Sabtu, 30 Mei 2014 selepas solat Isyak. Dengan sekali lafaz, LeYa telah pun menjadi suri hati hidupnya. Majlis keesokannya, 31 Mei 2014 berjalan lancar dan meriah.

Selang satu minggu, 07 Jun 2014, Majlis Bertandang di sebelah pihak lelaki pula diadakan di Melaka. Sekali lagi kami bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. 

Alhamdulillah, kini semuanya telah selesai dan LeYa serta suami mengucapkan ribuan terima kasih pada seluruh ahli keluarga yang telah banyak membantu menjayakan majlis yang penuh barakah ini. 

Outdoor di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson
Reaksi kOrang:

6 beri komen di sini:

mujahidah maisarah said...

tahniah!
semoga perkahwinn berkekalan hingga akhir hayat.

mujahidah maisarah said...

tahniah!
semoga perkahwinn berkekalan hingga akhir hayat.

mujahidah maisarah said...

tahniah!
semoga perkahwinn berkekalan hingga akhir hayat.

mujahidah maisarah said...

tahniah!
semoga perkahwinn berkekalan hingga akhir hayat.

mujahidah maisarah said...

tahniah!
semoga perkahwinn berkekalan hingga akhir hayat.

Z@i Z@mR33 said...

tahniah...moga bahagia hingga taman2 syurga