Followers

Monday, 25 August 2014

Mengapa Kita Suka Makan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pernahkan anda terfikir, tabiat makan kita dipengaruhi dengan jenis-jenis makanan yang ada di Malaysia. Kita terdorong untuk makan kerana pilihannya yang terlalu banyak. Sedap pula tu! Kebanyakan makanan yang enak memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang. Bahaya juga kalau tidak dikawal dari sekarang. So, kali ini LeYa ingin membawa anda mengenali tabiat makan rakyat Malaysia dan diet ringkas yang dicadangkan pakar diet. Jom Membaca!

Macam-macam Ada!

Di Malaysia, kita terlalu kaya dengan makanan kerana tiga kaum majmuk iaitu Melayu, India dan Cina. Setiap kaum pula mempunyai makanan-makanan yang mewakili budaya dan latar belakang mereka. Kaum Melayu contohnya, dikenali kerana keenakan nasi lemak dan kuih-muih yang membuatkan kita kecur liur.  Kaum India pula terkenal dengan roti canai dan manisan ‘laddo’ manakala masyarakat Cina dikenali kerana Yong Tau Fu serta mi wantan mereka. Siapa yang mampu menolak jika disajikan dengan pilihan-pilihan makanan seenak itu?

Satu lagi sebab yang menyebabkan kita mendapat serangan penyakit berbahaya adalah dari budaya sesebuah kaum itu sendiri. Penggunaan santan dalam kari atau jumlah gula yang tinggi dalam kuih-muih memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh. Kaum Cina lebih senang memilih cara selamat untuk menyediakan masakan mereka kerana kebanyakannya dikukus dan distim. Cara memasak dan ramuan yang digunakan dalam masakan boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

TIGA PENYAKIT MUDAH DAPAT JIKA MAKAN TIDAK SIHAT:
  1. OBESITI 
  2. DIABETES 
  3. MASALAH DARAH TINGGI


KENAPA SUSAH NAK MAKAN SIHAT?

Motivasi rakyat Malaysia – Kesukaran untuk mengamalkan diet sihat kerana terlalu banyak pilihan makanan. Permulaan untuk berdiet gagal kerana tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling.

Kurang sedar – Kebanyakan orang hanya akan mula mementingkan penjagaan makanan apabila didiagnosis penyakit berbahaya. Lebih ramai yang suka merawat dari mencegah.

Sibuk – Kesibukan dengan aktiviti harian menyekat ibu bapa untuk menyediakan bekalan makanan buat anak-anak dan ini mendorong mereka untuk mengambil makanan tidak sihat.

Kata orang – “Makan tidak sihat itu sedap, makan sihat pula tak sedap!”

Ringan-ringan saja – Kita cenderung untuk mengunyah kudapan setiap masa! Baik ketika menaip di komputer, menonton televisyen atau semasa membaca novel kegemaran.

Seharusnya… seseorang itu hanya perlu makan 70-80 peratus kenyang sahaja. Jangan makan sehingga penuh perut. Sebaiknya segera bangun dari meja makan sebaik anda sudah makan. Jika anda masih melepak di meja makan, jangan nafikan, tangan anda pasti akan mengambil lauk yang masih bersisa. Atau paling tidak, anda akan minta satu pinggan lagi nasi tambah. Bahaya tu!

Diet paling sesuai untuk seorang normal adalah mengambil segelas air masak atau potongan buah-buahan sebelum makan. Kemudian, barulah makan nasi. Nasi hanya satu mangkuk kecil disertakan dengan satu hidangan sayur berdaun hijau dan satu hidangan protein seperti ayam, ikan atau telur. Pastikan lauk anda masak dengan cara sihat. Hidangan yang lengkap haruslah mempunyai karbohidrat, protein dan lemak. 

Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: