Friday, 29 August 2014

Merdeka!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Hari Kemerdekaan yang ke-57. Kelihatan sana-sini sudah mengibarkan jalur gemilang tanda sokongan padu sebagai seorang rakyat Malaysia. Perasaan cinta kepada tanah air haruslah dipupuk sejak dari kecil lagi. Tidak semua masyarakat dunia memiliki kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara seperti di negara kita. Kita seharusnya rasa berbangga menjadi anak jati yang lahir dan dibesarkan di sini. Sejak dari kecil, diasuh dan dididik oleh ibu bapa tanpa ada gangguan yang membuatkan kita tidak boleh membesar dengan sempurna. Kemudian, kita bebas untuk ke mana sahaja tanpa ada perasaan takut dalam diri seperti yang berlaku di Negara-negara yang sedang berkemelut dengan peperangan. Di sinilah kita dibesarkan. Kenapa tidak kita menjaga keamanan ini untuk kepentingan bersama? Bersatu padu, tolong-menolong adalah amalan murni yang sering kita pupuk sedari kecil.

Wah! Seperti bersemangat LeYa pada entri kali ini kan. Hehehe… Kadang-kadang perlu juga untuk meluahkan perasaan kita dalam menulis entri agar pembaca turut merasai apa yang penulis cuba sampaikan. Menimbulkan sesuatu perasaan dalam menulis entri membolehkan pembaca di luar tahu yang kita sedang bercerita mengenai sesuatu topik dengan bersungguh-sungguh. 
Reaksi kOrang:

2 beri komen di sini: