Jumaat, 22 Ogos 2014

Tips Hasilkan Blog Yang Bagus oleh HasrulHassan.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Suka benar LeYa baca entri2 yang terhasil oleh blogger hebat HasrulHassan. Pelbagai tips dan info yang baik dapat dikongsikan bersama buat para blogger untuk lebih maju ke hadapan. Tidak kurang juga, blogger Ben Ashaari, BroFramestone, DenaiHati dan ramai lagi lah blogger yang sudah pun berjaya dalam penulisan blognya. Kagum LeYa sebab dengan hanya menulis di hadapan komputer / laptop / dengan hanya menggunakan smartphone / tabs, mereka ini mampu menjana pendapatan yang lumayan sehingga jumlahnya lebih lagi dari orang-orang yang bekerja makan gaji di pejabat. 

So, untuk itu, LeYa nak kongsikan sedikit maklumat dari HH di mana di blog beliau ada diberikan tips untuk hasilkan blog yang bagus. Actually, terlalu banyak tips tentang blog ni di dalam enjin carian seperti Google. Namun terdetik di hati LeYa untuk kongsikan tips dari HH ini. Mungkin ia sangat menarik dan sebab itu LeYa nak sangat berkongsi dengan anda semua. 

Ada 4 perkara asas untuk hasilkan blog yang bagus menurut HH. Antaranya ialah:

Jenamakan Blog Anda

Walaupun blog anda merupakan sebuah blog peribadi, anda masih lagi dan perlu memikirkan satu jenama untuk blog anda. Jenama ini akan membantu anda untuk menghasilkan entri yang baik, dan menjadikan anda sebagai salah seorang blogger yang dikenali - berdasarkan jenama tadi. Penjenamaan ini bukan setakat pada nama blog, tetapi juga pada reka bentuk blog anda - seperti susun atur dan juga header blog anda. Warna juga memainkan peranan agar blog anda mudah dikenali.

Bukan itu sahaja, cara anda menulis, dari A sampai Z mesti konsisten dengan jenama blog anda tersebut. Jika anda membahasakan diri seperti Mama Z, maka gunakan Mama Z itu sebagai salah satu perincian jenama dalam blog anda. Contoh lain, adalah apa yang anda akan selalu paparkan dalam blog, pastikan elemen2 tersebut yang menjadi keutamaan dan jadikan ia konsisten.

Entri Berkualiti Untuk Semua

Berkualiti tak semestinya panjang, dan juga tak seharusnya terlalu pendek. Ia perlu padat tetapi memenuhi syarat untuk terjemahkan tajuk entri anda. Entri berkualiti ini bermakna entri yang bermaklumat, yang selalunya ditulis dalam bentuk poin atau penyenaraian, contohnya: 5 Langkah Untuk Perbaharuhi Cukai Jalan Dari Rumah atau mungkin 5 Faktor Yang Menjadikan Anak Lelaki Sering Nakal.... dan seterusnya.

Blog Mesti Ada Fokus Tertentu

Jangan terlalu ghairah nak mengejar trafik, pastikan entri-entri di dalam blog anda punyai saling kait walaupun tajuk entri mungkin agak berbeza. Contohnya, blog www.hasrulhassan.com memaparkan kisah, isu dan panduan berkaitan dunia blog Malaysia ... ada tips dan panduan SEO, ada isu berkaitan blogger Malaysia, ada pula petua untuk buat duit .... dan ada pula penyenaraian blog-blog selebriti ... yang semuanya masih lagi relevan dan tercakup dalam satu fokus - iaitu dunia blog Malaysia.

Berasa Seronok Apabila BerblogTension - jangan tulis entri. Nak tulis entri baru mesti dalam keadaan anda gembira dan ceria. Jika anda sedang marah, legakan dan redakan kemarahan anda sebelum anda buat entri mengenai kemarahan anda. Kita mahu menulis sesuatu yang dibaca oleh ramai orang - yang kebanyakkan akan menilai kita dari apa yang kita tulis.


Untuk berasa seronok dalam dunia blog, anda perlu aktif memberi komen dan menjadi amalan melawat blog rakan blogger lain untuk kuatkan komuniti blog anda sendiri. InsyaAllah, bukan setakat anda menambah rakan blogger tetapi ia juga akan bantu anda untuk menemui idea bermutu untuk menghasilkan entri yang berkualiti dan terbaikk....

CC: Terima kasih abang HasrulHassan dalam perkongsian yang bermanfaat ini. Diharapkan rakan-rakan blogger yang masih baru dapat menimbanya dengan hati yang terbuka. 

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com