Followers

Saturday, 13 September 2014

Jom ke 'Karnival ICT 2014'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini suami LeYa ada bersama. Tengah hari LeYa ke majlis perkahwinan di Senawang, Seremban. Kami makan2, jumpa pasangan pengantin dan bergambar, ucap tahniah dan terus pulang. Kemudian, kami ke destinasi seterusnya. Ke mana tu?? Hehehee... saje jalan2 dengan suami di hujung2 minggu ni.. Kami ke Dewan MPS, Seremban untuk melihat-lihat Karnival ICT yang dijalankan di sana. Rasanya dah terlalu banyak sangat dah LeYa pergi ke karnival ICT ni, sehingga tidak terkira. Tapi, disebabkan kali ni Incik Suami ada bersama dan sekadar hanya berjalan bersama-sama, kami menuju ke Pusat Bandar Seremban. 


Dan setibanya kami di sana, kelihatan ramai sekali yang turut sama memeriahkan aktiviti tersebut. Rupanya, sudah ramai yang berpusu-pusu dengan mengendong barangan yang dibeli masing-masing. Kami menyusuli setiap langkah melihat gerai-gerai perkakasan komputer dan lain-lain kedai mempromosikan produk masing-masing. 


Incik suami LeYa sibuk melihat-lihat speaker dan bertanya itu ini kepada penjualnya. Nampak sekali berminat dengan speaker besar2 tuh... hehehe... Dia cakap "alang2 dah murah ni, angkat satu pun best ni.."Hmmmm....Macam2 lah.. speaker kat rumah tuh dah banyak...Nak lagi tuh...". Sambungnya lagi "kat umah tuh kecik punye.. ni power m.. base die syok gile..." Last2, LeYa pun ikut je la kata dan kehendaknya serta minatnya mungkin...hehehe...


Sebelum balik, sempat la incik suami menangkap gambar LeYa berposing di hadapan kedai barangan perkakasan komputer yang sudah pun dibeli barang2nya untuk dibawa pulang.

Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: