Thursday, 25 September 2014

Pengiklanan CPLUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sedang melihat email2 yang belum dibuka, LeYa terpandang satu email dari CPLUS. Pada mulanya LeYa tidak tahu dan faham "Apa itu CPLUS???" Dapat sahaja mesej ringkas tersebut LeYa teliti dan fahamkan. Rupanya CPLUS merupakan pihak pengiklanan sama seperti Nuffnang, Innity, Advertlets dan lain-lain. 


APa itu CPLUS???

CPLUS ialah Rangkaian Advertising Tempatan yang sedang berkembang pesat. Tujuan CPLUS ialah untuk membantu dan mengetengahkan website-website tempatan di samping membantu pemilik web menjana pendapatan melalui laman web mereka. 

CPLUS merupakan Affiliate yang akan membantu kita untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat kepada kakitangan yang berkaitan atau ejen untuk memohon didaftarkan sebagai Penerbit, Pengiklan, Pelanggan, Pengguna serta mewujudkan hubungan erat antara satu sama lain.

Antara fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh CPLUS ialah:

1) Bagi menyesuaikan isi kandungan dan iklan yang akan dipamerkan oleh para blogger
2) Berkomunikasi dengan baik dan memberi tindak balas kepada diri
3) Memenuhi permintaan produk, program dan perkhidmatan
4) Membantu menawarkan produk-produk lain, program atau mungkin juga perkhidmatan untuk kelihatan lebih menarik.
5) Menjalankan sedikit penyelidikan mengenai penggunaan tapak pengiklanan

CPLUS juga boleh menggunakan ejen atau kontraktor bagi mengendalikan laman web, menyediakan produk dan perkhidmatan kepada penerbit dan pengiklan. 


LeYa seperti tidak percaya ada syarikat pengiklanan yang suka dengan blog LeYa yang tidak seberapa itu. Sekali lagi, alhamdulillah syukur ke-Hadrat Ilahi kerana telah diberikan rezeki untuk kehidupan seharian.
Reaksi kOrang:

2 beri komen di sini:

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

wahhh.. tahniah kerana terpilih... sy singgah sambil tekan2 iklan.. ^_^V

Muzai Samilan said...

salam kenal..bestnye rezeki jangan ditolak dear