Ahad, 19 Oktober 2014

Jana Pendapatan Sampingan Melalui Assignment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah cuaca cerah hari ini. Tiga assignment yang dihantar kepada LeYa untuk disiapkan telah pun selesai. Penat memerah otak untuk menjawab setiap soalan yang diberi. Pelbagai isu dan maklumat yang LeYa tidak ketahui dah pun LeYa tahu. Untung juga dapat buat assignment orang ni. Duit dapat dan paling penting maklumat yang kita tidak tahu pun boleh dapat. hehehe...

Sejak incik hubby LeYa menyambung pelajaran di Asia eUniversity, Melaka ni, ramai lah kawan-kawannya menghantar soalan assignment untuk LeYa buat. Perggghhh...mula2 memang terasa lah agak penat. Tapi lama kelamaan dah sebati dengan jiwa dan menganggap itu sebagai kerja sampingan, LeYa dapat menyiapkannya dengan sebaiknya. Pelanggan puas hati, LeYa lebih2 lagi puas hati..


Kebiasaannya LeYa akan mencari maklumat berkaitan assignment itu pada Mr. Google. Tidak susah untuk LeYa kerana seringkali menggunakannya sejak dari dulu lagi di zaman persekolahan, zaman belajar. Kemahiran LeYa dalam Teknologi Maklumat digunakan sebagai satu tambahan untuk menyiapkan tugasan2 itu. Setiap tugasan akan LeYa buat dengan kekemasan yang maksimum, font and stylish format yang betul untuk documentation. Kemudian, semak dan edit semula jika ada kesilapan. Akhirnya, barulah LeYa akan print dan hantar kepada pelanggan. Mereka amat berpuas hati dengan kerja LeYa kerana setiap tugasan yang LeYa laksanakan mereka mendapat markah A. Alhamdulillah....rezeki Allah. LeYa hanya mampu melaksanakan apa yang LeYa tahu. Jika tidak, LeYa akan belajar lebih lagi untuk menambah ilmu.


Sekiranya ada rakan-rakan yang sedang belajar dan tidak mempunyai masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi dan sekiranya berminat untuk mencuba, bolehlah hubungi LeYa. LeYa sedia membantu. LeYa bukanlah seorang yang pakar tetapi cukup hanya membantu rakan-rakan dalam melaksanakan tugas sebaik mungkin. 

Terima kasih tidak terhingga kepada insan yang tersayang, suami LeYa, En. Faizol yang sudi mencadangkan diri ini untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi. Alhamdulillah sekali lagi diucapkan dengan bakat yang ada dapat membantu semua orang dalam segala hal kehidupan harian.


3 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com