Followers

Tuesday, 11 November 2014

Destinasi Percutian Menarik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini, setelah kita berpenat lelah dalam menjalankan tugas di pejabat di hari bekerja, ramai yang menginginkan waktu rehat di hujung minggu. Tidal dinafikan juga LeYa. LeYa menginginkan rehat yang cukup untuk memulakan hari baru di minggu hadapannya.

Jadi, kebetulan pada hujung minggu yang lalu LeYa berkesempatan merehatkan minda bersama keluarga di kawasan pantai Tanjung Biru Port Dickson atau lebih dikenali Blue Lagoon. Keindahan pantainya dan kesejukan air membuatkan LeYa seronok ketika berada di sana.


Bagi yang mempunyai kedudukan wang yang agak baik, anda boleh lah menginap di Ilham Resort yang tidak jauh dari Pantai. Suasana bilik yang mewah dan kondusif memang mendamaikan bagi yang menginap di sini.



Bagi yang mempunyai percutian bajet tetapi ingin juga menikmati percutian yang terbaik untuk orang tersayang, anda boleh menginap di Tanjung Biru Apartment. 



Tidak ketinggalan juga apartment ini menyediakan kolam renang untuk anda dan anak-anak anda menjalankan aktiviti di sini selain ke pantai tanjung biru.

Bagi penggemar aktiviti lasak atau ingin beriadah di pagi atau petang hari seperti berjogging, anda boleh terus ke Hutan Reakreasi Tanjung Tuan yang berdekatan dengan Hotel Ilham Resort. 




Percutian Hujung Minggu yang cukup segar dan sihat yang LeYa telah jalani minggu lepas. Tidak peelu mengeluarkan bajet yang tinggi untuk ke sana. Kami sekeluarga gembira menjalankan aktiviti di sana.
Reaksi kOrang:

4 beri komen di sini:

Farah Waheda Wahid said...

wah menarik, thanks for sharing dear...

Permatabiru said...

bestnya..tgk ilham resort tu..xsabar nak gie bercuti...pula

Illya Farhana said...

Memang best..jom bercuti

Aminin said...

Tanjung Biru Apartmen nampak nyaman gitu yang lari dari kesibukkan bandar. Nice sharing Insya-Allah pergi sana akan cari juga T.biru Apartmen suka sudut balkoni tu. nice