Followers

Sunday, 16 November 2014

Seharum Kasih Kita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

15 November 2014 - Selamat Hari Lahir Sayangku. Semalam merupakan hari lahir buat insan yang LeYa sayangi iaitu incik suami LeYa. Pada Jumaat malam Sabtu, lagi beberapa minit nak pukul 12, Mr. Faizol sampai di perkarangan rumah ibubapa LeYa. Pisat2 mata pergi menjemput incik suami. Seronok sekali dapat bertemu suami setelah hampir tiga minggu tidak bertemu. Hal ini kerana kami masing-masing kerja di lain-lain tempat.

Sabtu menjelma jua. Di waktu petang, kami sekeluarga bersiap untuk ke rumah saudara di Sepang bagi meraikan majlis sambutan hari lahir bulan November dan diadakan juga sedikit majlis tahlil untuk ahli keluarga yang telah kerahmatullah. Bertungkus lumus incik suami membakar ikan, kerang, ketam dan macam-macam lagi di tempat memanggang api. 

leya blog
Solat Berjemaah dan Tahlil

leya blog
I love you

leya blog
Happy Birthday Novemberian

leya blog
Romantik tak kami..hehe...

Percutian hujung minggu LeYa kali ini sangat seronok disamping insan tersayang dan bertambah erat hubungan silaturrahim antara LeYa dan suami serta ahli keluarga yang lain.
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: