Isnin, 1 Disember 2014

Seronoknya Dapat Lagi 6 CPUV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alkisah di mana LeYa dapat lagi CPUV dari pihak Nuffnang. Baru sahaja LeYa post entri yang LeYa telah memperolehi 10 CPUV. Kali ini, sekali lagi LeYa menerima 6 lagi CPUV. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi untuk LeYa. Tidak disangka sama sekali LeYa boleh menerima 16 CPUV secara serentak. 


So, kali ni LeYa dapat dari "Old Town White Coffee" dan "Lactacyd: Malay Millenium". LeYa sangat2 mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada blog LeYa untuk meletakkan iklan mereka. Jutaan terima kasih jua buat Mr. Nuffnang yang seringkali memberi CPUV buat LeYa dalam blog ini. 


Buat rakan2 blogger lain yang juga ada dapat sama seperti LeYa ni, LeYa ucapkan tahniah dan moga kita terus berjaya dengan apa yang kita dah usahakan selama ini.

Rezeki dari blog ini bukanlah sukar untuk diperolehinya, namun kita kena tahu cara dan bagaimana untuk menulis bagi mendapatkan duit dari blog. Penulisan yang baik juga akan memberikan impak yang sangat baik terutama buat para pembaca kerana merekalah yang akan menilai hasil tulisan kita sama ada baik, hebat atau biasa2 saja. 

Tidak semua orang dilahirkan mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Mungkin semua boleh menulis, tetapi untuk mengeluarkan sesuatu idea yang bernas ditambah kreatif memerlukan banyak pembacaan, pemerhatian dan usaha untuk cuba berjaya. LeYa sendiri pernah mengalami kejatuhan dalam berblogging, namun semangat juang untuk LeYa berjaya, LeYa teruskan jua untuk buktikan kita mampu berada sama tahap dengan mereka.


Bakat yang ada perlu diasah agar ia akan lebih baik dan terus baik di masa akan datang. Siapa tahu suatu hari nanti dari seorang blogger biasa2, kita mampu menjadi seorang penulis terkenal dan menjadi rebutan ramai pihak.. Ahaha... Bagi LeYa cukuplah sekadar menerima pemberian untuk kehidupan LeYa di zaman serba moden ini. Lain2 hal itu mungkin LeYa akan cuba pertimbangkannya kerana LeYa lebih suka berblogging secara underground.

4 ulasan:

  1. Salam, ade tips lagi tak kak cam ne akak dapat cpuv y banyak?

    BalasPadam
  2. long time no visit here, what is said, not healthy? hopefully healthy always from Indonesia

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com