Followers

Tuesday, 29 April 2014

Dapat hadiah lagi dari Mr Nuff..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dok buka tutup laptop tapi tak menulis lagi entri baru... Mencari idea untuk menulis mungkin... Tapi dalam kepala ni banyak je nak di curahkan... Entah kenapa la susah sangat nak memulakan ayat. Mesti kawan-kawan LeYa bosan kan dengan sikap LeYa sekarang ni... hehehe... Last sekali, LeYa saje la bukak Mr Nuff untuk lihat jumlah wang yang terkumpul.. Tapi yang lebih suprise LeYa telah diterima lagi satu iklan masuk ke blog kesayangan LeYa ni.. Huuu.... tak sangka makin banyak dan cepat LeYa terima sejak akhir-akhir ni...

Kalau dulu, masa baru-baru berjinak dengan dunia blog, susah sekali untuk LeYa menerima sebarang pengiklanan dari pihak Nuffnang. Alhamdulillah kini, semenjak LeYa mula menulis dan mengemaskini semula blog kesayangan ni, pihak yang bertanggungjawab memberi LeYa pendapatan sedaya upaya membantu LeYa dalam meneruskan aktiviti blogging. 

Jom cuba ubat gigi terbaru dari Darlie. rasa lebih segar dengan "Darlie Expert Fresh". Terima kasih Nuffnang! Terima kasih Darlie! Tq Semua! Alhamdulillah...semoga kita sama-sama terus dimurahkan rezeki tak kira dalam apa cara sekalipun dan semoga Allah S.W.T. permudahkan jua urusan kita. Amin... In shaa Allah.
CPUV dari Nuffnang

CPUV dari Nuffnang

CPUV dari Nuffnang

Monday, 28 April 2014

Wajah Berseri Dengan Placenta White

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Contest Placenta White By Nikko

Entri kali ini khas dibawakan dari Contest PlacentaWhite By Nikko. Seperti yang kita maklum, ramai di kalangan kita yang sudah pun mengetahui tentang kebaikan penjagaan diri pada masa kini. Biasa lah kan... Semua orang pun nak cantik. Banyak produk2 yang telah dilancarkan. Antaranya adalah produk placenta white ini.

Apa itu Placenta White?
Placenta White adalah satu produk kecantikan dan rawatan kulit yang datang dari 3 formula khas (Glutathione & Collagen, Vitamin C serta Protein Salmon Placenta). 


Empat kebaikan yang ada pada Placenta White

Salmon Placenta
  • Berkesan untuk anti aging.
  • Mampu melambatkan monopaus
  • Mengelakkan kemerosotan dalam kesihatan badan.
  • Halal dan terbukti selamat untuk dimakan.
Vitamin C
  • Antioksidan yang diperlukan sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan.
  • Vitamin C sangat penting dalam penjagaan kulit dan badan.
  • Turut membantu pembentukan kolagen.
Collagen
  • Menghasilkan asid amino penting untuk membina struktur tisu penyokong.
Glutathione
  • Berfungsi sebagai bahan aktif utama untuk memutih serta mengecilkan liang pori pada wajah.
Contest Placenta White By Nikko

Cara Pengambilan Pil Placenta White
  • Harus diambil 1 biji selepas sarapan & 1 biji selepas makan malam
Testimoni Pelanggan tentang Penggunaan Placenta White

Contest Placenta White By Nikko

Harga Produk Placenta White
  • Semenanjung Malaysia >> RM 90.00
  • Sabah Dan Sarawak >> RM95.00
Anjuran Bersama >> Terbaek Network

Ditaja Oleh


Thursday, 24 April 2014

Guest Book made by LeYa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sempena majlis perkahwinan LeYa yang akan kunjung tiba, LeYa sibuk dengan menyiapkan kerja-kerja untuk majlis itu. Semua ahli keluarga LeYa dan Mr. F sibuk menghantar kad2 jemputan sana sini. Terima kasih LeYa ucapkan pada maksu dan maktam sebab sudi membantu meringankan kos dengan membuat hantaran dan seangkatannya sendiri. Yeah! bersyukur sebab LeYa mempunyai makcik2 yang kreatif dan inovatif.

Dalam pada itu juga, sempat LeYa menceburkan diri ke dalam bidang seni dengan cuba membuat sendiri "Guest Book" untuk para tetamu atau kawan2 meninggalkan pesanan di sini sebagai tanda kenangan. LeYa hanya menyiapkan Guest Book ini dalam masa tak sampai satu hari dan hasilnya seperti di gambar bawah ini. 

LeYa tahu pasti akan ade komen2 untuk penambahbaikan dalam pembikinan sebuah buku tamu pada masa akan datang. LeYa akan terima komen2 anda itu sewajarnya dan cuba untuk menggunakannya jika ada di kalangan anda ingin membuat Guest Book dengan LeYa. hehehe... 

Guest Book Wedding
GUEST BOOK HASIL CIPTAAN SENDIRI

Saturday, 19 April 2014

Detik itu...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk LeYa membuat entri di sini. Hari semakin hari LeYa terasa begitu pantas masa berlalu. Ditambah pula LeYa sedang menghitung hari untuk satu hari yang bersejarah dalam hidup LeYa tidak lama lagi. 

Counting days to get ready for big day...

Wedding

Ahahahaa... melihat gambar2 di atas LeYa seperti tidak percaya yang LeYa akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. 26 tahun 9 bulan LeYa hidup bersama ibu dan ayah. Dan tiba masa yang dinanti LeYa akan bergelar seorang isteri dan akan membina rumahtangga bersama insan yang bergelar lelaki. In Shaa Allah, LeYa memohon pertunjuk dari Allah S.W.T. agar segala perancangan masa hadapan menjadi yang terbaik untuk diri ini dan keluarga. 

Empat tahun LeYa dan dia berkenalan. Sejak di UTeM lagi. Kemudian, pada 15 November 2012, beliau telah membawa rombongan masuk meminang diriku. Saat itu, aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih ada insan yang bergelar lelaki yang ingin bersama ku. Berlinangan air mata tatkala cincin emas disarung jari manis tanda ingatan diri ini sudah dimiliki. Dan pada tahun, pada hujung Mei 2014, sekali lagi detik bersejarah akan membawa kami berdua ke gerbang pintu perkahwinan yang dinantikan. Kad undangan sudah pun diedarkan pada kenalan rapat dahulu. Persiapan juga sedang berjalan lancar di kedua buah rumah sama ada di pihak lelaki mahupun di pihak perempuan sendiri. 

Pernikahan adalah sunnah Rasulullah S.A.W. yang bermaksud menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Sunday, 6 April 2014

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih


Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)


Jom Belajar SEO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semakin hari semakin banyak tutorial untuk kita belajar membuat blog atau website. Ramai para cendekiawan lagi bijaksana dalam membina laman web telah berkongsi untuk menulis entri mengenai tips untuk blog lebih dikenali dan cara meningkatkan trafik blog. Tahukah anda apa itu SEO? SEO adalah singkatan daripada 'Search Engine Optimization'. Secara terperinci anda boleh mengetahuinya dari blogger hebat seperti Aminin.my, Ben Ashaari, Denaihati.com dan ramai lagi. 

Berbalik pada kisah blog ini, LeYa ingin menaikkan trafik blog ini lebih tinggi. Atas tunjuk ajar sahabat AimieMokhtars, LeYa telah berjaya menukar template blog kepada user friendly untuk dipaparkan dalam pelbagai bentuk resolusi desktop. Dan LeYa juga mula menambah elemen-elemen penting ke dalam blog iaitu SEO untuk lebih dikenali. Bukan sukar untuk mempelajari sesuatu yang kita inginkan. Kita hanya tekun dan terus berusaha untuk meningkatkan lagi mutu kerja diri.

SEO
Apa itu SEO???

Apa itu SEO Blog?

SEO atau panjangnya adalah (Search Engine Optimization) merupakan suatu cara atau teknik untuk membuat blog kita berada pada halaman/posisi satu di mesin pencarian (search engine) seperti GoogleBing, dan Yahoo.
Pengertian dari SEO juga sangat luas tetapi semuanya termasuk dalam hal yang sama iaitu mengoptimisasi suatu halaman website/blog agar berada pada halaman/posisi satu di search engine dengan kata kunci yang di target.

Kelebihan SEO

  1. Meningkatkan trafik yang banyak
  2. Meningkatkan penjualan produk
  3. Meningkatkan daya saing
Sekian sahaja untuk LeYa ceritakan serba sedikit mengenai Apa Itu SEO di LeYa's Blog ini. Sehingga bertemu lagi dalam kisah yang lain. 

Thursday, 3 April 2014

Tiga CPUV dalam satu masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kini LeYa dah kembali ke kediaman ayah & ibu LeYa di Port Dickson. Kenapa LeYa pulang ke sini??? Jeng3x... LeYa telah ditawarkan bekerja di sini sebagai Guru Ganti di sebuah sekolah tempat LeYa sendiri pernah belajar suatu ketika dahulu. LeYa tak sangka yang LeYa akan dapat jawatan tersebut, sedangkan LeYa bukanlah graduan Guru atau memiliki bidang perguruan. Namun, kerana kerjaya yang sukar dimiliki kini, LeYa terimanya dan berharap suatu hari semakin ada sinar untuk LeYa. 

Setelah pulang ke rumah sendiri, LeYa akan lebih kerap untuk mengemaskini blog kesayangan ini yang sudah lama penuh dengan habuk2 yang tidak dibersihkan. Dan LeYa akan kembali aktif semula dalam dunia blogging dengan menulis kisah2 kehidupan, tips2, fotografi dan apa sahaja yang terlintas di fikiran LeYa. 

Hari ini, pabila LeYa buka dan melihat status2 CPUV yang terdapat di Nuffnang, LeYa terkejut melihat ada 3 iklan yang datang masuk ke sini. Dan ada juga yang LeYa sendiri tidak sempat untuk mengiklankannya. Haisshhhh...bukan rezeki LeYa la tuh... Tapi, tak kisah...masih ada peluang yang lain untuk LeYa mempromosikan iklan2 yang datang masuk ke blog ini. LeYa teramatlah berterima kasih kepada Mr. Nuff yang tidak jemu2 menghantar segala pengiklanan ke blog kesayangan LeYa ini. 

Antara 3 iklan yang telah berjaya menambat hati untuk mengunjungi LeYa's Blog ini adalah:
  1. Tesco Online March Mother Day
  2. Digi Project Red
  3. KFC Singer Reloaded Video
LeYa mengharapkan rakan2 blogger di luar sana sudi2 kan lah untuk membantu LeYa dalam mencari duit tambahan melalui blog ini..



Tesco Online March Mother Day
Tesco Online March Mother Day

Digi Project Red
Digi Project Red

KFC Zinger Reloaded Video
KFC Zinger Reloaded Video