Friday, 27 March 2015

Jom Ke Melaka Pet Expo 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melaka adalah sebuah pusat pelancongan yang terkenal di serata dunia. Sambil jalan-jalan di Melaka apa kata jom kita semua singgah di A Famosa Resort. Pada cuti hujung minggu kali ni, A Famosa resort mengadakan pertunjukkan "Melaka Pet Expo 2015" sempena Jom Heboh 2015 yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka. Seronok juga bila dapat melihat haiwan-haiwan peliharaan beraksi di pertunjukan dengan pelbagai aksi dan ragam.

LeYa Blog

Terdapat pelbagai haiwan peliharaaan seperti kucing, arnab, burung, katak, ular, sugar glider dan banyak lagi akan dipamerkan di situ. Satu haluan. Anda juga boleh ke A Famosa Water World untuk mandi-manda bersama anak-anak di sana. 


Jom semua ramai-ramai meriahkan lagi Ekspo Haiwan Peliharaan ini. Mungkin cuti sekolah yang lalu tidak sempat untuk membawa anak-anak berjalan. Apa kata kali ini anda bawa anak-anak ke sini. Pasti mereka akan terhibur dan mengucapkan terima kasih kepada anda. 
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: