Monday, 25 May 2015

Fotografi Perkahwinan Ejoi+Awin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini LeYa cuti kerana menghantar Encik Suami ke KLIA2 untuk beliau ke Bandung, Indonesia bagi menghadiri kelas "Executive Bachelor Marketing Management" di sana selama satu minggu. Sayu hati sebab terpaksa berjauhan dengan suami. Walhal, memang LeYa dan suami hanya hujung minggu bertemu disebabkan faktor tempat kerja berasingan. Namun, hari ini, LeYa sedih kerana berpisah antara benua. Alhamdulillah, nasib baik teknologi terkini dapat juga menghubungkan LeYa dan suami sebentar tadi melalui panggilan Whatsapp. Jika tidak, pasti LeYa kesunyian.

Fotografi Perkahwinan

Ok lah... cukup kisah sedih LeYa hari ini. Dua hari lepas LeYa baru sahaja menyiapkan satu tugasan baru yang dapat secara mengejut. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Jadi, dengan bantuan suami, LeYa berjaya menyiapkan sebuah album perkahwinan milik rakan suami sendiri.

Majlis perkahwinan yang berlangsung di Batu Gajah, Perak pada 01 May 2015 yang lalu. Sedikit paparan gambar dari album perkahwinan Ejoi+Awin yang dapat LeYa tunjukkan di sini. 

Fotografi Perkahwinan

Fotografi Perkahwinan

Fotografi Perkahwinan

Fotografi Perkahwinan

Reaksi kOrang:

1 beri komen di sini:

Nao Mei said...

Jauh nak tempah kalau akak kawen nie..hiho...
Kena stanby belon pakai terbang sarawak lah jawabnya