Followers

Thursday, 9 July 2015

Seminggu Lagi Nak Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seminggu lagi kita umat Islam akan menyambut Aidilfitri yang akan kunjung tiba. Sudah pasti kaum ibu sibuk menyediakan persiapan raya, bertungkus lumus mengemas rumah, membuat pelbagai aneka kuih raya dan membeli pakaian baru untuk anak-anak yang akan dipakai di pagi raya nanti. Wahhh....seronoknya dengar kan. Meriah je rasa bila Aidilfitri menjelang kan. Memang seronok bila bercerita mengenai persiapan raya ni. Pasti panjang berjela kalau dikisahkan di sini.

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah, tahun kedua LeYa beraya bersama suami tersayang dan pada tahun ini LeYa akan beraya di kediaman ibu dan ayah LeYa di Port Dickson. Hoooyyeeaahhh... balik kampung sendiri...

Berbaki 7 hari lagi Ramadan ini, jom kita sama-sama tambahkan Iman di dada, perbanyakkan amalan kebaikan, hindari segala perilaku buruk, mohon ampun maaf sekali lagi jika ada melakukan kesilapan terhadap semua orang. Dan jangan lupa tunaikan kewajipan kita bagi yang mampu untuk berzakat. Raya dah nak dekat ni....

Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri dari LeYa. 

******************************************

Nota Kaki:-
"Mengisi ruang kamar yang sepi tika malam ini, LeYa mendengar perlahan lagu-lagu yang berkumandang di Suria.fm. Tatkala lagu sedih dimainkan hati sayu bila mengenangkan diri jauh di perantauan. (Macam lah jauh sangat...hehehe...)"
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: