Followers

Thursday, 5 November 2015

Fitri+Natasya Wedding | 31 Oktober 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Fitri+Natasya Wedding

Pada 31 Oktober 2015 bersamaan Hari Sabtu, LeYa dan suami berkesempatan bertandang ke Majlis Perkahwinan saudara kami, Zureen Natasya dan pasangannya, Mohd Nurfitri di Dewan Perbandaran Tampin, Negeri Sembilaan.

Majlis sebenarnya bermula seawal jam 9.00 pagi di kediaman milik ayah dan ibu nya dengan meraikan majlis pernikahan mereka itu. Tidak berpeluang untuk LeYa turut serta dalam majlis pernikahan itu, LeYa sempat juga ke majlis persandingannya yang bermula pada jam 11.00pagi sehingga 5.00petang. Alhamdulillah, LeYa berkesempatan melihat kedua mempelai diarak masuk dewan. 

Majlis yang diadakan itu begitu meriah sekali dengan kehadiran sanak-saudara, rakan taulan dan ramai lagi yang bersama meraikan perkahwinan pengantin itu.

Dapat kita lihat pelbagai aksi dari pihak saudara mara yang sedang asyik berselfie dan bergambar bersama memeriahkan majlis. Momen terindah ini disanubarikan dalam album kenangan masing-masing.

Fitri+Natasya Wedding
Kemeriahan yang ditunjukkan oleh kaum keluarga di Majlis Perkahwinan Fitri & Natasya 

Pengantin bergambar bersama adik beradik dan ibu saudaranya.

Fitri+Natasya Wedding

Tadddaaaa.... 
Akhir sekali, sempat juga LeYa bergambar bersama suami di majlis tersebut... Comelllll tak kami...

Hehehe....

Tamat sudah cerita LeYa untuk hari ini.

Reaksi kOrang:

1 beri komen di sini:

Siti Yang Menaip said...

tahniah tahniah.. semoga bahagia sentiasa =)