Followers

Monday, 25 May 2015

Fotografi Perkahwinan Ejoi+Awin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini LeYa cuti kerana menghantar Encik Suami ke KLIA2 untuk beliau ke Bandung, Indonesia bagi menghadiri kelas "Executive Bachelor Marketing Management" di sana selama satu minggu. Sayu hati sebab terpaksa berjauhan dengan suami. Walhal, memang LeYa dan suami hanya hujung minggu bertemu disebabkan faktor tempat kerja berasingan. Namun, hari ini, LeYa sedih kerana berpisah antara benua. Alhamdulillah, nasib baik teknologi terkini dapat juga menghubungkan LeYa dan suami sebentar tadi melalui panggilan Whatsapp. Jika tidak, pasti LeYa kesunyian.

Fotografi Perkahwinan

Ok lah... cukup kisah sedih LeYa hari ini. Dua hari lepas LeYa baru sahaja menyiapkan satu tugasan baru yang dapat secara mengejut. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Jadi, dengan bantuan suami, LeYa berjaya menyiapkan sebuah album perkahwinan milik rakan suami sendiri.

Majlis perkahwinan yang berlangsung di Batu Gajah, Perak pada 01 May 2015 yang lalu. Sedikit paparan gambar dari album perkahwinan Ejoi+Awin yang dapat LeYa tunjukkan di sini. 

Fotografi Perkahwinan

Fotografi Perkahwinan

Fotografi Perkahwinan

Fotografi Perkahwinan

Thursday, 21 May 2015

Creative Showcase 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pantasnya waktu beredar dan kini kita sudah pun menemui penghujung Mei 2015. Semoga pada Jun kali ini LeYa akan lebih berusaha lagi dalam merealisasikan impian LeYa selama ini.


Semalam, berlangsungnya satu Majlis di tempat LeYa bekerja. Majlis Creative Showcase anjuran Jabatan Teknologi Maklumat, jabatan LeYa bekerja. LeYa telah turut serta memeriahkan majlis itu dengan menjadi peserta koir.

Bertemakan "STARS-Hitting New High" dipilih untuk menzahirkan harapan dan perasaan optimistik kita terhadap bintang-bintang yang telah berjaya. 

Majlis ini disaksikan oleh CEO dan pengarah-pengarah dari Jabatan, Unit dan Cawangan lain. Juga turut menyaksikan peserta sukan yang menerima anugerah kerana kehebatan mereka dalam bidang masing-masing.

Para hadirin juga telah disajikan dengan persembahan-persembahan mantap dan memukau dari JTM serta dua cawangan lain yang dijemput. Majlis yang meriah itu diakhiri dengan acara penutupan oleh CEO dan bergambar meriah bersama.


Thursday, 7 May 2015

Puzzle Bergambar Pilihan Ramai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Puzzle Bergambar

Tercari-cari Puzzle Bergambar masa kini? Pelbagai rekabentuk puzzle terkini dan menarik boleh didapati secara online yang sedang menjadi trend business zaman sekarang. Jadi, jika anda mencari puzzle untuk fotografi perkahwinan, majlis sambutan hari lahir anak-anak atau kawan-kawan anda serta lain-lain program, maka bolehlah anda sediakan untuk menjamu mata di sini dan jika sukakannya bolehlah hubungi pemilik puzzle dengan cepat.

Puzzle Bergambar kesukaan ramai. Pasti tertarik melihatnya. Sesuai dengan citarasa anda untuk dijadikan sebagai hadiah Hari Lahir, Anniversary, Majlis Perpisahan dan banyak lagi.

Harganya yang sangat berpatutan dan patut dimiliki. 

Puzzle Saiz A4 RM25 >> Standard saiz kertas a4 biasa

Puzzle Saiz A5 RM20 >> Besar dia half a4

Puzzle Bentuk Love RM25 >> Lebih kurang half a4

Magnetic Puzzle RM35 >> Saiz kecil sedikit dari kertas A4

Frame
  • Frame ada untuk saiz A4 & A5 sahaja
  • Harga frame RM5 – Rm15 tertakluk kepada stok semasa yang kami ada

Caj postage minimum semenanjung rm8, sabah sarawak rm10.

Caj ni ikut kawasan & kuantiti (berat).  


Gambar Produk

Anda boleh lihat gambar-gambar produk yang dihasilkan di bawah ini.




Testimoni Pelanggan


Puzzle Bergambar

Puzzle Bergambar

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi:

Whatsapp : 018-9541900 (Naimah)
Email :puzzlebergambar@gmail.com


Trip Ke Batu Gajah, Perak bersama Rakan-Rakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Trip ke Batu Gajah, Perak | Ya Allah! Masih terasa penat minggu ni lagi. Walhal dah bangun pagi pergi kerja pun. Keseronokan 4hari cuti dan dapat bersama Encik Suami tidak dirasakan ketika itu. Ditambah lagi, cuti kali ini, kami ke destinasi percutian di Perak. Ini memandangkan kerana salah seorang dari rakan Encik Suami bekerja akan melangsungkan majlis perkahwinannya di sana.

Destinasi Percutian Menarik

Bertolak dari Melaka bersama-sama rakan-rakan yang lain, kami meneruskan perjalanan menuju ke Perak melalui highway. Perjalanan mengambil masa agak lama disebabkan trafik jem di lebuhraya mulai kawasan Tanjung Malim hingga ke Sungkai. Jalan sesak dipenuhi kenderaan untuk turut sama merasai cuti hujung minggu yang lama itu.

Tepat jam 4.30 petang, kami bergegas ke masjid di kawasan tempat tinggal Ijoi yang akan dinikahkan. Pada mulanya sangkaan kami tidak akan sempat untuk melihat beliau nikah, namun alhamdulillah, kami dapat sampai tepat pada waktunya.

Fotografi Perkahwinan

Keesokan harinya, majlis persandingan antara kedua pengantin diadakan. Alhamdulillah selesai sudah majlis tersebut dan kami pun kenyang menikmati juadah makanan yang dihidangkan. Kemudian, lebih kurang selepas waktu Zuhor, kami ingin berangkat pulang ke Melaka. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan Ijoi & Awin dan semoga menunaikan tanggungjawab bersama suami isteri di alam rumahtangga yang baru sahaja dibina itu.

Fotografi Perkahwinan

Dalam perjalanan pulang ke Melaka, kami telah singgah di Lata Kinjang, Air Terjun di kawasan Batu Gajah, Perak untuk menghilang rasa penat sebelum memandu pulang lebih jauh lagi. Air Terjun yang dingin itu ditambah panorama yang indah, pasti memukau sesiapa yang singgah ke sini. 

Destinasi Percutian Menarik

Destinasi Percutian Menarik

Wahhh...melihatkan keseronokan mereka mandi-manda dan melayan telatah rakan-rakan antara satu sama lain, pasti ingat mereka ini masih muda. Walhal kesemuanya sudah pun menjangkau usia dewasa. 

Destinasi Percutian Menarik

Destinasi Percutian Menarik
Encik Suami bergambar di pintu masuk menuju ke kawasan berkelah di Air Terjun 

Destinasi Percutian Menarik

Selesai bermandi-manda, kami bersiap untuk pulang ke Melaka. Kemudian, singgah di restoran berdekatan untuk menjamu selera setelah kelaparan apabila seronok mandi tadi. Usai makan dan solat Maghrib, kami pun meneruskan perjalanan pulang.

Tuesday, 5 May 2015

Master Forex: Rahsia Simpan Duit, Untung Setiap Minggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Master Forex | Wahhh… macam tak percaya zaman serba moden ini pelbagai cara dan kaedah untuk kita perolehi wang pendapatan tambahan. Malahan di zaman serba canggih ini, apa sahaja memerlukan duit. Jadi, apa kaitan simpan duit dengan Master Forex? Apa itu Master Forex? Makanan kah? Barang mainan kah?

Master Forex

Apa itu Master Forex?

Master Forex (MFX) adalah sebuah broker forex secara online yang berasal dari Belize  dan sudah dimulakan sejaka tahun 2006. Master Forex beroperasi secara global di lebih 59 buah Negara di dalam dunia.

Untuk pengetahuan anda, Master Forex adalah satu peluang atau program yang diwujudkan untuk membantu anda dalam menjalankan perniagaan di pasaran mata wang asing serta pengiklanan secara maya yang merupakan satu teknik berkesan dalam strategi pemasaran. Ia membantu anda menjalankan perniagaan tanpa susah payah untuk mempunyai sebuah lot kedai atau modal yang besar.

Master Forex


Bagaimana caranya? Dan apa profit yang akan diperolehi?

Berbekalkan dengan hanya modal serendah RM100.00, anda mampu menerima keuntungan sehingga 9% - 10% setiap minggu selama 7 bulan. Tidak cukup itu lagi, konsep yang digunakan dalam trading harian adalah berasaskan sistem ISLAMIK. Jadi, anda tidak perlu khuatir akan kesahihannya kerana ia sah disisi undang-undang. Plan Master Forex juga tiada dividen, tiada swap dan tiada one night stand komisen yang tidak dibenarkan syarak.

MASTER FOREX akan membantu anda dalam menjana pendapatan sampingan serta pengiklanan secara maya tanpa bersusah payah dalam segala hal.

Master Forex

MASTER FOREX sangat mudah

TANPA PERLU DAFTAR

TANPA PERLU MENAJA

TANPA PERLU TAMBAH STOK

24 Jam Proses Pengeluaran.
Cara Trading Mengikut Syariat.

PM JIKA BERMINAT. TEMPAT TERHAD. HANYA UNTUK 100 YANG TERAWAL


Friday, 1 May 2015

Selamat Hari Pekerja 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Hari Pekerja 2015 | Happy Labour Day kepada semua pekerja dan yang tidak bekerja kerana hari ini kita semua diberi cuti umum untuk berehat. 

LeYa Blog

Cuti yang panjang kerana sambungan cuti Hari Wesak pada 03 Mei 2015 bersamaan Ahad dan dibawa ke Hari Isnin. Pasti ramai yang seronok bercuti lama ini. Dapatlah berehat bersama keluarga dan insan-insan tersayang. Tidak lupa juga yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti kali ini, Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke Jannah. Selamat datang ke alam baru, alam perkahwinan dan rumahtangga yang barakah, mawaddah wa rahmah.

LeYa Blog