Followers

Tuesday, 10 November 2015

7 Eleven Harga Promosi RM1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

LeYa Blog

WoW!!! 7E sedang membuat harga promosi RM1 bagi pembelian setiap barang pada tarikh yang telah ditetapkan. Mesti syok kan dengar. Promosi harga barang-barang ni bolehlah sedikit demi sedikit kita dapat jimatkan perbelanjaan kita. Jom kita lihat barangan apa yang diberikan harga promosi RM1 itu.

LeYa Blog

(Promosi dilaksanakan di seluruh 7E Malaysia)
 
 10-11 november

  • Air KotakVico
  • air Yeos
  • Air Lipton
  • Mister {otato
17-18 november  
  •  Maggi Hot Cup
  • Kotex
  • Air Kotak Yeos Yeogurt Drink
  • Kitkat 2 fingers 
  • Mameebev Cool Tea
  • Air Kotak Hershey's Soyfresh
  • Nescafe
  • Ubat Gigi Darlie
24-25 november
  • GoodDay UHT Milk
  • Mister Potato Crisps 
HANYA RM1 SAHAJA. TIADA LIMIT PEMBELIAN.

  •  Garnier Men
    Garnier Women
    Fumakilla
1-2 December 
  • Yeos Laici
  • Dutch Lady UHT Milk
  • Mamee Monster
  • Mamee Chef Cup
  • Loreal Shampoo

Thursday, 5 November 2015

Dr Hensem HOT FM | Dr Say Shazril Shaharuddin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersiaran secara live di konti Hot fm pagi tadi, terus meletop nama seorang doktor ni... Gelaran Doktor Hensem Hot fm sedang hangat diperkatakan di media sosial. 

Bukan sekadar bekerja sebagai doktor sahaja, malah Dr Say Shazril juga merupakan seorang model dan juga pengedar Herbalife. 


Jom kita lihat sedikit pengenalan diri Dr Say Shazril di bawah ini. (Sumber: Mr. Melvistar).

Biodata Diri Doktor:

Nama : Say Shazril Shaharuddin
Gelaran : Dr Say Shazril Shaharuddin
Umur : 27 tahun
Lokasi Pekerjaan : Hospital Serdang 
Pekerjaan : Doctor Medical Officer (MO) Fresh Graduates / Pengedar Herbalife / Jurulatih Kesihatan / Model
Pengkhususan : Department Sakit Puan
Status : Sudah Berkahwin
Nama Isteri : Dr Azura Abas
Tarikh Nikah : 30 Mac 2014

Gambar-gambar yang diambil dari Enjin carian terlaris, Mr. Google di bawah ini pasti menggugat wanita-wanita di luar sana apabila melihat kekacakan dan ketampanan wajah Dr Say Shazril ini.

Gambar ketika bersiaran di Hot fm

Dr Say Shazril giat aktif sebagai pengedar Herbalife

Gambar ketika menjalankan tugas di Hospital Serdang



Gambar majlis perkahwinan Dr Say Shazril & Dr Azura


Fitri+Natasya Wedding | 31 Oktober 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Fitri+Natasya Wedding

Pada 31 Oktober 2015 bersamaan Hari Sabtu, LeYa dan suami berkesempatan bertandang ke Majlis Perkahwinan saudara kami, Zureen Natasya dan pasangannya, Mohd Nurfitri di Dewan Perbandaran Tampin, Negeri Sembilaan.

Majlis sebenarnya bermula seawal jam 9.00 pagi di kediaman milik ayah dan ibu nya dengan meraikan majlis pernikahan mereka itu. Tidak berpeluang untuk LeYa turut serta dalam majlis pernikahan itu, LeYa sempat juga ke majlis persandingannya yang bermula pada jam 11.00pagi sehingga 5.00petang. Alhamdulillah, LeYa berkesempatan melihat kedua mempelai diarak masuk dewan. 

Majlis yang diadakan itu begitu meriah sekali dengan kehadiran sanak-saudara, rakan taulan dan ramai lagi yang bersama meraikan perkahwinan pengantin itu.

Dapat kita lihat pelbagai aksi dari pihak saudara mara yang sedang asyik berselfie dan bergambar bersama memeriahkan majlis. Momen terindah ini disanubarikan dalam album kenangan masing-masing.

Fitri+Natasya Wedding
Kemeriahan yang ditunjukkan oleh kaum keluarga di Majlis Perkahwinan Fitri & Natasya 

Pengantin bergambar bersama adik beradik dan ibu saudaranya.

Fitri+Natasya Wedding

Tadddaaaa.... 
Akhir sekali, sempat juga LeYa bergambar bersama suami di majlis tersebut... Comelllll tak kami...

Hehehe....

Tamat sudah cerita LeYa untuk hari ini.

Wednesday, 4 November 2015

Movie Review: Mirip

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini LeYa nak review lah sikit filem yang akan ditayangkan pada keesokan hari. Filem muzikal/ngeri berjudul "Mirip" lakonan Fezrol Khan, Ezzaty Abdullah, Reen Rahim dan ramai lagi. 

Tidak pasti adakah LeYa turut berkesempatan untuk menonton filem ini diwayang esok. Namun LeYa hanya mampu memberi sedikit perkongsian dan idea untuk anda semua yang mungkin tiada aktiviti pada keesokan harinya dengan pergi menonton wayang bersama teman-teman atau yang tersayang.


MIRIP
Tarikh Tayangan : 5 November 2015
Genre : Muzikal / Ngeri
Pengarah : Jokin
Pelakon : Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Reen Rahim

SINOPSIS

NIK yang duduk di Melaka merupakan seorang penyanyi dan menyara hidupnya dengan pendapatan yang diterima daripada nyanyiannya. Nik telah kehilangan kedua ibu bapanya dan satu-satunya harta yang telah ditinggalkan oleh ibunya untuk dia adalah muzik. Ibunya merupakan seorang pemain alat muzik klasik wayang kulit. Buat masa ini, Aishah dan keluarganya merupakan segala-galanya untuk Nik. Aishah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap bakat Nik dan berazam untuk membawanya ke persada dunia.

Pada suatu hari Nik menyelamatkan hero Irwan yang juga merupakan seorang penyanyi sepertinya di Bandar. Irwan juga merupakan seorang yang kaya-raya dan mempunyai bilangan peminat yang besar. Pada satu hari Irwan mendapat tahu bakat Nik. Selepas itu Irwan mengajak Nik supaya mengikutnya dan berjanji akan menjadikkannya seorang yang popular. Disebabkan Nik tak dapat berpisah dengan Aishah dan kampungya, dia menolak ajakkan Irwan. Namun Aishah berjaya menghantarnya bersama Irwan. Nik pun ikut sekali dengan Irwan. Setelah sampai di bandar, Irwan meninggalkan Nik kepada seorang wanita, iaitu Wilma yang merupakan jurulatih muzik dan juru fesyen untuk mengubah personalitinya.

Wilma telah pun mengubah personaliti Nik dan memberi kata-kata semangat kepadanya. Nik mengambil semua kata-kata Wilma. Kemudian Irwan membawa Nik ke rumahnya.

Nik tiba-tiba teringin jadi orang kaya dan bisikan hatinya berkata impiannya boleh tercapai jika dia mengambil alih tempat Irwan. Adakah Nik akan mendengar bisikan hatinya? Apakah tindakan Nik untuk mencapai niatnya?