Followers

Wednesday, 13 January 2016

Review: Restoran Volcano Shabu Shabu Shaftbury Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama sungguh LeYa menyepikan diri dari dunia blogging. Tidak terlambat untuk LeYa post entry di Tahun Baru 2016 ini memandangkan masih berada di bulan Januari. 

LeYa Blog

Kisahnya bermula pada Disember lepas di mana di pejabat LeYa akan mengadakan satu Majlis Perpisahan buat seorang rakan yang akan berpindah kerja ke tempat lain. Teruja bila mendengar pilihan tempat makan yang berada di Cyberjaya yang jarang-jarang sekali LeYa untuk pergi ke sana. Sorang my friend LeYa bagitahu yang kami akan makan steamboat di satu kedai yang terletak di Shaftbury Square, LeYa mula terasa gedik santai dan melonjak-lonjak untuk pergi. Ntah pape lah LeYa ni kan. Macam mana lah nak kurus kalau makannya sedap-sedap. 

Okay done cerita pasal kekurusan LeYa itu. Dan kami pun pergi menjamu selera di Restoran Volcano Shabu Shabu yang terletak di Shaftbury Square, Cyberjaya. Restoran ni berada di tingkat 3. Senang sangat lah nak jumpa. Naik saje kat tingkat 3, restoran ni berdekatan dengan escalator tengah. Tempat yang sangat kondusif dan selesa. Kalau tak silap LeYa, restoran ini juga terdapat di cawangan lain.


Di sini, anda akan disediakan dengan setiap seorang dapur dan periuk masing-masing. Tak perlu risau untuk berebut-rebut dengan kawan-kawan. Anda pilih, Anda sendiri yang masak dalam pot yang panas itu. Kemudian, keluarkan dan makan. Owh ye... sebelum terlupa, anda juga boleh membuat pilihan sup seperti tomyam, chicken or mushroom. Sambal atau sos cicah yang warna hitam itu adalah sambal yang paling sedap dan superb. Tapi, kalau agak rasa tak tahan pedas, silalah ambil pencicah yang lain ye. hehe... 


Kat atas ni adalah beberapa jenis sos pencicah yang boleh anda sendiri pilih. Rasanya juga boleh lah tahan sedap. Yang pedas-pedas sedap. Yang ala-ala thai pun sedap. Senang cerita memang semuanya sedaplah. 

Kemudian, kita order pula set makanan. Pilih sahaja set makanan beraneka jenis. Chicken, Beef, Vegetarian and Mix, Seafood and banyak lagi. Anda pilih sahaja ikut citarasa anda. Lepas tu lagi, setiap set dilengkapi pula dengan aneka noodle pilihan masing-masing (meehoon, yee mee, mee).

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

Sangat-sangat lah puas hati dengan layanan dan jenis makanan yang disediakan. LeYa memang suka makan steamboat di Volcano Shabu Shabu ni. Rasa nak datang lagi je bawa family pula... Bagi yang berminat dan berkesempatan untuk turut merasai steamboat yang sangat best ni, boleh la pergi ke

Tingkat 3, Restoran Volcano Shabu Shabu
Shaftbury Square, Cyberjaya

Facebook Volcano Shabu Shabu @ Shaftbury Square

Reaksi kOrang:

5 beri komen di sini:

Ms Qiya Saad said...

Hai Illya. Saya singgah sini blogwalking dan follow blog. Steamboot memang menyelerakan dan banyak pilihan. Tapi harganya berapa ye?

Jemput singgah blog saya juga ye..

http://qiyasaad.blogspot.my/2016/01/hari-1-misi-12-hari-untuk-dapatkan-like.html?m=0

Ms Qiya Saad said...

Hai Illya.kalau tak keberatan saya nak dapatkan VOTE dari Illya untuk pencarian duta produk 3Bskin Malaysia 2016 dengan cara LIKE gambar Qiya di 3Bskin official page dari link kat bawah ni.tq ye

https://m.facebook.com/1452580875055397/photos/a.1542977162682434.1073741830.1452580875055397/1543079826005501/?type=3&source=48

Cik Itah said...

terus lapar! huhu

Mama Darwiish said...

wah menarik ni, berapa harga ye :)

Illya LeYa said...

Kalau xsilap mase tu LeYa bayar dalam RM20++. Dah terlupa la..hehe