Wednesday, 30 March 2016

ReviewDrama: Ahli Mesyuarat Tingkap (TV3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


JS Pictures Sdn Bhd akan membawakan drama komedi terbaru menerusi slot Iris di TV3 yang berjudul Ahli Mesyuarat Tingkap. Menampilkan gandingan tiga pelakon terkenal iaitu Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Sherry Al Hadad sebagai watak utama. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Azrel Ismail, Mia Ahmad, Lufya Omar, Idris Khan dan ramai lagi. Drama bersiri arahan Azman Yahya itu bakal memaparkan jalan cerita berbeza bagi setiap episod. Saksikan babak mencuit hati tiga sahabat dalam drama Ahli Mesyuarat Tingkap yang akan ditayangkan pada 23 Mac, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di saluran TV3.


JUDUL : AHLI MESYUARAT TINGKAP (AMT)

EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 March 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Sofia J.Rhyland
PENGARAH : Azman Yahya atau Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Rita Rudaini, Izreen Azminda, Sherry Alhadad, Azrel Ismail, Kuna Muzani, Mia Ahmad, Lufya Omar, Nizam Rahman Dubmash, Lia Natalia, Idris Khan, Fizz Fairuz


WATAK PELAKON

Rita Rudaini sebagai Zai
Izreen Azminda sebagai Ju
Sherry Alhadad sebagai Ira
Azrel Ismail sebagai Azmel
Kuna Muzani sebagai Datin Bobo

Sinopsis Ahli Mesyuarat Tingkap

Drama ini mengisahkan antara tiga orang sahabat baik iaitu Zai (Rita Rudaini), Ju (Izreen Azminda) dan Ira (Sherry Alhadad) yang sudah lama mengenali sejak di bangku sekolah menengah lagi. Apabila mereka sudah dewasa dan bekerjaya, masing-masing cuba untuk menganjurkan majlis pertemuan semula yang dikenali sebagai "Reunion of the Year" buat rakan-rakan sekolah mereka. Mereka juga menggelarkan kumpulan mereka sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap. Kenapa mereka beri dengan nama kumpulan seperti itu? Mana tidaknya, dalam mereka membuat pencarian teman-teman lama mereka, sempat lagi mereka bergosip tentang isu semasa mereka. Apa sahaja yang terlintas di hati dan fikiran mereka pasti akan dibualkan.

Pertemuan mereka telah menarik perhatian orang sekeliling yang mana mereka dianggap keterlaluan walaupun ia tidaklah membebankan orang ramai. Sesuai dengan tagline mereka iaitu "Tak Over, Tak Sah". 

Setiap daripada mereka mempunyai kerenah masing-masing. Dalam setiap episod yang ditayangkan akan memaparkan kerenah mereka yang mencuit hati. Ada sahaja misi Zai, Ju dan Ira selain cuba mengumpulkan teman-teman sekolah mereka yang lain untuk majlis pertemuan semula mereka.

Pelbagai aksi tiga sahabat  

"Tak Over, Tak Sah"

Tiga sahabat berebutkan seorang jejaka idaman

Tonton Online Ahli Mesyuarat Tingkap
Sekarang ini sudah pun berlangsungnya Episod 1 hingga Episod 5. LeYa cuba bantu korang untuk tonton episod yang lepas di sini. Jom klik link pada setiap episod di bawah ini ye.

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5

Credit To: myinfotaip.


Reaksi kOrang:

1 beri komen di sini:

Jamil Hashim said...

singgah petang ~ http://jmbelog2.blogspot.my/