Thursday, 17 March 2016

Teroka Kegemilangan Kepulauan Riau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Beberapa minggu juga merancang untuk ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia, akhirnya pada 28 Februari 2016, LeYa dan Otomen berjaya menjejakkan kaki ke sana bersama keluarga untuk meneroka keseberang laut.

Kami ke sana untuk 2 hari 1 malam. Seawal 5.00pagi, kami sudah bergerak dari rumah abang Otomen di Johor Bahru ke Jeti Kukup yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebelum sampai ke Jeti Kukup, kami singgah di Petronas berdekatan untuk menunaikan solat fardhu Subuh dan kemudian bersarapan di kedai makan berhampiran untuk mengisi perut yang kosong ini.

Usai dari itu, kami meneruskan ke Jeti Kukup. Suasana ketika itu di jeti tidaklah begitu sesak memandangkan kami sampai pada awal pagi. Jadi, ia memudahkan kami untuk membuat pembelian tiket ke Tanjung Balai Karimun. 

Di kaunter tiket, kami diminta passport dan membayar harga tiket untuk pergi dan balik sebanyak RM125 seorang. 

Jeti Tanjung Balai Karimun, Indonesia

Bergambar di hadapan Hotel Holiday Karimun

Di sana nanti anda tidak perlu risau kerana ada banyak hotel dan harganya sangatlah murah dan berdekatan dengan jeti. Harga hotel yang kami inap lebih kurang dalam 180, 000 rupiah untuk 3 bilik. Selesai sahaja check-in hotel, kami tidak membuang masa untuk berehat. Kami terus sahaja mencari makan dan singgah di sebuah kedai yang menyediakan nasi padang.

Suasana Pekan di Tanjung Balai

Makan tengahari bermenukan 'Nasi Padang'

Selesai menikmati juadah makan tengahari yang lazat, kami pulang ke hotel untuk berehat seketika, bersolat dan membersihkan diri. Dalam jam 2.00petang, kami bergerak ke Pantai untuk melihat panorama keindahan pantai di sana.
LeYa dan Otomen

Deretan pondok untuk berehat di tepian pantai

Deretan pangkin/pondok yang dibuat oleh penduduk di sini, amatlah menarik minat LeYa untuk menerokanya. Satu keunikan dan tarikan bagi para pelancong yang datang ke situ. Ketika LeYa dan keluarga berkunjung ke pantai tersebut, tidak kelihatan orang ramai. Namun, ada juga lah penduduk tempatan membawa anak-anak mandi di situ.

"Apalah yang dipantau Otomen tuuu...."

Lewat petang, kami bergegas ke tempat menarik di Karimun untuk bergambar di sana. Pemandangan yang cantik dan indah. LeYa juga dapat lihat beberapa pembangunan yang sedang dalam pembinaan di mana suatu hari nanti tempat itu akan menjadi tumpuan pelancong yang datang ke situ.

Bergambar kenangan bersama keluarga

LeYa dan Otomen bergambar kenangan menikmatin keindahan pantai menjelang senja


Kereta "Angkutan" yang digunakan penduduk setempat untuk ke sesuatu tujuan kerana tambangnya yang agak murah berbanding kenderaan lain. 

Tanjung Balai Karimun, Indonesia memiliki keunikannya tersendiri. LeYa seronok mengembara untuk menyaksikan sendiri kehidupan di bumi orang, merasai kenikmatan makanan luar dan meneroka sesuatu tempat menarik. Pengalaman 2 hari dan 1 malam ini telah menginsafkan diri LeYa sendiri betapa kerdilnya kita sebagai makhluk Allah S.W.T. yang Maha Hebat yang melahirkan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama di sesuatu negara serta etniknya yang pelbagai untuk diterokai. Akhir kata, jadilah pengembara, bukan sekadar hanya pelancong. 

Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: