Followers

Friday, 1 July 2016

Menjelang Aidilfitri... Ramadhan Mula Berakhir...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap sahaja masa berlalu kan. Dah 26 Ramadhan kita lalui. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk semua umat Islam meraikan kemenangan di 01 Syawal.

Di pejabat tempat LeYa bekerja tadi pun, sudah ramai yang bersalaman dan bermaafan untuk pulang bercuti Hari Raya. Tinggal lah LeYa dan rakan-rakan yang hanya duduk berdekatan belum pulang ke kampung halaman lagi.  

Menjelang Aidilfitri ini, LeYa ingin memohon seribu kemaafan jika ada terkasar bahasa atau terlanjur perbuatan yang mungkin selama ini pernah melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja. 


JOM KUMPUL SAMPUL DUIT RAYA

Tika Raya menjelang, kanak-kanak lah yang paling gembira. Kenapa ??? Ini kerana mereka akan berlumba-lumba mengumpul "Duit Raya" antara sesama saudara atau rakan mereka, jumlah duit raya siapakah yang paling banyak. Seronok melihat telatah dan gelagat mereka sehingga terimbau kenangan kita pada zaman kanak-kanak dahulu.


Dalam keseronokan kita membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri, masih ada juga insan yang memerlukan perhatian dan bantuan dari kita. Jangan diabaikan mereka. Kelak, mereka inilah yang akan membantu kita di akhirat. Hulurkan bantuan selagi kita mampu. 

Ramadhan mula melabuhkan tirainya. Sayu hati ingin meninggalkan Ramadhan yang banyak memberi 1000 keinsafan buat diri LeYa yang telah berjaya membentuk peribadi LeYa ke arah kebaikan. Syawal pula sedang menunggu kedatangan yang diraikan. Hari kemenangan buat seluruh Umat Islam setelah berjaya berperang melawan dengan nafsu masing-masing. 

Reaksi kOrang:

1 beri komen di sini:

Siti Yang Menaip said...

wow CT nampak duit raya hehehe.. maaf ya stelah skian lama nak blogwalking kawan2 yang bertandang baru dapat jenguk..

selamat hari raya.. maaf zahir batin =)