Followers

Wednesday, 28 September 2016

Kembara Felcra Bersama Media

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pada 23 dan 24 September, LeYa telah menyertai Kembara Felcra bersama Media dan Geng Hai Blogger! ke Lumut, Perak bersempena dengan Sambutan Felcra ke-50 Tahun Jubli Emas.  Sebanyak 50 buah kereta telah turut serta dalam aktiviti kembara ini. Konvoi beramai-ramai ini bermula dari Kuala Lumpur dan terus ke Lumut, Perak.

LeYa asyik berkata tentang Felcra. Apa itu Felcra? Felcra atau dikenali dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Kemudian pada 1 September 1997, FELCRA dikorporatkan dan ditukar nama kepada FELCRA Berhad. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA menyusuri bidang perniagaan baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.


Usai Solat Zuhor, LeYa tiba lokaasi pertama iaitu di perkarangan perkampungan Felcra Lekir atau kini dikenali Kampung Aman Jaya. Di sini LeYa dan rakan-rakan diraikan begitu meriah sekali. Sambutan yang hangat disusuli dengan perarakan ke kawasan kampung menaiki traktor berhias, membuatkan LeYa seronok menyertai kembara ini. Oppss...kami disajikan hidangan makanan tengah hari ala-ala kampung yang sangat sedap sekali. Dan tidak dilupa kepada buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan buah rambai.


Sebelum pulang kami diberikan hadiah berupa ikan bilis berkilo-kilo dalam beg goodies yang telah disediakan. Sangatlah terharu dengan layanan yang diberikan.


Kemudian, kami menginap di Swiss Garden Damai Laut Resort untuk satu malam. Teruja dengan pemandangan yang indah di tepi pantai membuatkan LeYa berasa tenang berada di sana. 

Bersiap pula untuk turut serta dalam Majlis Networking Dinner bersama YB Dato Bung Mokhtar dan para media yang lain. Bertemakan warna merah pada malam itu, menyerlahkan lagi suasana di dalam Grand Ball Room yang memuatkan semua media termasuk Geng Hai Blogger! Aktiviti cabutan bertuah dan seisi karaoke turut diadakan untuk kelihatan lebih meriah di situ. Alhamdulillah, rezeki Encik Suami a.k.a. Otomen Taro telah berjaya memenangi cabutan bertuah sebuah periuk nasi berjenama Panasonic.


Sebelum mengakhiri majlis makan malam itu, kami diberikan setiap seorang kain pasang dari Jakel. Syukur sangat dengan rezeki yang diperolehi.

Keesokkan paginya, seawal 6.30pagi, kami sudah bergerak menuju ke Felcra Plantation Services bagi melihat dan melakukan aktiviti yang berada di sana. Sekali lagi, kami dihidangkan dengan sarapan pagi nasi lemak yang enak dan juga diberikan cenderahati beras lebih kurang 3kg.

Felcra, Pemangkin Pembangunan Luar Bandar merupakan sebuah agensi yang terkemuka di Malaysia dalam menjayakan pembangunan ekonomi luar bandar di Malaysia kini. Menerajui sektor pertanian, Felcra cuba mengetengahkan beberapa produknya yang dianggap sangat baik dan berpuas hati di mata LeYa.

Kalau dahulu, zaman Tok Nenek moyang kita menggunakan kuku kambing untuk menuai dan menyemai padi, tetapi kini dengan teknologi dari Jepun, Transplanter merubah kehidupan petani moden masa kini. LeYa berkesempatan juga untuk merasai detik-detik berada di tengah sawah yang panas terik untuk menikmati bagaimana cara petani menyemai padi menggunakan teknologi transplanter. 

 
Teknologi kedua yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia khususnya peserta Felcra adalah ELA Gyrocopters. ELA Gyrocopters ini berfungsi sebagai penyemburan racun serangga di kawasan sawah padi dengan sekali semburan. Ia boleh terbang dengan jarak yang rendah iaitu kira-kira 2m dari sawah padi untuk melaksanakan kerja-kerja penyemburan.



 

 Benih Padi

Selepas itu, kami ke Dataran Koperasi Felcra yang terletak di Felcra Seberang Perak. Di sini, kami disambut meriah oleh ahli-ahli Felcra Seberang Perak dan juga staf-staf koperasi. Sekali lagi kami menerima cenderahati berupa labu sayong dan makanan ringan untuk dibawa pulang. Objektif utama penubuhan Koperasi Felcra adalah untuk menyatukan dan menggabungkan elemen sosial dan ekonomi penduduk Felcra bagi mencapai kemajuan pembangunan secara global dari segi fizikal mahupun spiritual. 


Seterusnya, kami dibawa ke kawasan pembinaan rumah untuk anak-anak felcra. LeYa amat terkejut apabila mendengar harga sebuah rumah yang dimiliki oleh anak-anak felcra akan datang. Salah satunya jenis A, berkeluasan 25"x55" persegi, mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air dengan harga RM150,000 seunit. WoW! Sangat murah kan. Kalau di kawasan KL memang tak akan dapat la macam ni. 


Lokasi terakhir kami lewati adalah Dataran Dewan Seberang Perak untuk menikmati hidangan makan tengah hari yang telah disediakan oleh peserta Felcra Seberang Perak. Memang sangat bertuah LeYa dan rakan-rakan kali ini. Disambut dengan begitu meriah sekali dengan alunan kompang, dihidangkan makan di meja VVIP dan dapat melihat persembahan tradisional dari anak-anak felcra yang menghiburkan. Tidak lupa juga penampilan khas persembahan badut bagi mencuit hati kami. 

Sebelum pulang, kami diberikan lagi cenderahati untuk dibawa balik bersama. Memang LeYa sangat gembira dan terharu dengan layanan yang diberikan oleh peserta-peserta Felcra sama ada dari Kampung Aman Jaya mahupun Felcra Seberang Perak.

Cukup sampai di sini sahaja perkongsian yang dapat LeYa ceritakan sepanjang berada di Lumut, Perak. LeYa ucapkan berbanyak Terima Kasih kepada Team Hai Blogger! dan juga Felcra Berhad yang telah menganjurkan aktiviti kembara ini.

 Geng Hai Blogger bergambar di depan Felcra Plantation Services

Hasil Dapatan dari terlibat bersama Kembara Felcra 50 Tahun Jubli Emas
Reaksi kOrang:

3 beri komen di sini:

Uncle Zuan said...

hhe best best! tak dapat nak join trip ni tempoh hari sbb clash dengan event lain

Rozita Abdul Rahman said...

wah meriahnya... rugi tak join aritu...

Lieya Von Jay said...

mak aii banyak nya hadiah , best kalo dpt join aktiviti mcm nii ^_^