Followers

Friday, 18 November 2016

Karnival K-Street Di Klang Parade Bermula 18-20 November

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Acah-acah nak ke Korea tak berkesempatan kan. Tak perlu risau. Jom ajak kawan-kawan atau keluarga kita hujung minggu ni ke Karnival K-Street di Klang Parade yang akan bermula pada hari ini, 18 November hingga hari Ahad, 20 November


Best kan? Lebih-lebih lagi yang memang minat tonton drama Korea dan K-Pop... Jangan lepaskan peluang untuk ke sana ye. Macam-macam aktiviti ada di sana. Dijangka karnival akan mula berlangsung dari jam 11 pagi sehingga jam 11 malam. Memang ronda sampai lebam la kalau ke sana nanti.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah:

18-20 November
Korean Market - Ada banyak menu makanan, minuman & produk Korea yang akan dijual di situ. Wah! Memang syok ni... LeYa teruja betul rasa nak pergi.


19 November 10:00am - Pertandingan Mewarna K-Street 1:00pm - Pertandingan K-Storm K-Pop Dance Cover  5:00pm - Sesi Children K-Pop Dance Along 

Jangan lupa bawa anak-anak sekali untuk turut serta pertandingan yang dianjurkan. 


20 November
11:00am - Sesi Children K-Pop Dance Along 
1:00pm Pertandingan K-Storm K-Pop Dance Cover 
5:00pm - Sesi Children K-Pop Dance Along

Aktiviti best sepanjang hari pada 19 & 20 November 
- Contest Snap & Win dengan berpakaian traditional Korea
- Demo seni & kraf tangan bertema Korea
WoW!!! Mesti syok kan tengok kanak-kanak menari berjoget ala K-Pop. Lagi best kan, anda boleh mencuba pakaian tradisional Korea tau dekat sini. Bestnya kan... LeYa dah lama sangat teringin nak pakai pakaian tradisional mereka seperti jeogori & jeaonbok. Lepas tu mesti segak pula bergambar dengan Mr Otomen yang memakai pakaian tradisional lelaki seperti gwanbok atau dopo. Memang sangat teruja dan seronok kalau dapat pergi ni.



Sumber Gambar: BudakBandungLaici
Reaksi kOrang:

4 beri komen di sini:

Faizol Hafizi Mohamed Tah said...

In shaa Allah mje.. Kalau syg xbusy, syg balik n kite pegi ye..

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau dkt p dh..hihi

Unni Anje said...

jauh nya :(

Amin Hakim said...

Aduhh.. terlepas pulak nak pergi karnival nie